Baru 2 kali masuk ko dah buat rumusan terakhir? – Netizen

“Kalau saya tahu awal, saya rasa saya takkan berada di posisi yang sama,” kata pelakon, pengarah filem dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki berkenaan bantahannya terhadap penutupan Kelab Komedi Crackhouse yang mencetuskan kemarahan ramai.

Afdlin yang tampil secara langsung dalam program The Amin Idris Show di Facebook malam tadi berkata, dia pernah dua kali masuk ke Crackhouse dan mendapati tiada konten yang keterlaluan ketika berada di situ.

“Kali pertama saya bawa Datuk Seri Aliff Syukri untuk buat stand up. Dan sekali lagi untuk menonton satu show kawan-kawan.

“Memang tiada konten-konten yang teruk dan menghina. Saya bercakap mengenai Crackhouse kerana saya dulu ada restoran komedi yang halal di sebuah kompleks membeli belah. Ia untuk keluarga dan halal tanpa alkohol.

“Crackhouse dibuka terlebih dulu dari saya. Itu tempat pelajar-pelajar buat komedi dan bisnes komedi bukan mudah. Ia tempat adik-adik yang cari rezeki,” katanya.

Afdlin turut menjawab pertanyaan Amin bahawa dia tidak mempunyai sebarang kepentingan atau ‘share’ dalam kelab komedi ini seperti sangkaan ramai.

“Saya tiada share satu sen dalam kelab ini. Pendirian saya sebagai NGO, nasib adik-adik yang cari rezeki ini bagaimana? Saya tak buat show pun kat situ.

“Saya memandang mengenai periuk nasi orang lain. Tak semestinya mengenai industri komedi sahaja. Kalau ada orang susah yang perlukan bantuan, saya akan bantu,” katanya.

Amin seterusnya bertanyakan soalan berkenaan Rizal Van Geyzel yang kerap mencetus isu perkauman dalam persembahannya dan Afdlin bersetuju agar diambil tindakan.

“Jika mereka salah humban dalam jel. Saya tak tahu menahu tentang konten dia. Dia pernah dulu bekerja dengan saya semasa zaman program A Ha.

“Masa itu dia baru bermula. Tapi saya tak tahu bila masa dia buka kelab ini. Saya cakap satu benda sahaja. Kepada pelawak-pelawak, kau buat, kau berani tanggung.

“Jadi kalau didapati salah, ambil tindakan. Kalau tak salah, terserah pada mahkamah.

“Pada saya apabila saya dapat informasi, saya rasa tak adil dikata tempat itu orang menghina Islam. Yang ditonjolkan satu dua sahaja. Yang beratus lagi konten yang baik bagaimana?,” katanya.

Pelawak dan pengarah, Dato’ Afdlin Shauki meluahkan ketidakpuasan hatinya apabila sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) terpaksa ditutup sementara kerana perbuatan seorang ‘pelawak’ wanita baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dikongsikan, Afdlin membangkang sekeras-kerasnya penutupan premis tersebut dan mengatakan pihak berkuasa tidak seharusnya mengenakan tindakan terhadap kelab komedi.

Pelawak berusia 51 tahun tersebut turut membuat perbandingan situasi peserta renang yang mengambil steroid sehingga terpaksa menutup kolam renang. Sedangkan dalam k,es tersebut yang harus dipersalahkan adalah perenang dan bukannya kolam renang.

“Takkan kita tutup swimming pool (kolam renang) pasal seorang peserta renang ambil ster0ld? Itu salah perenang, bukannya swimming pool.”tulisnya.

Jelas Afdlin, Crackhouse merupakan sebuah tempat di mana ramai pelawak yang baru berjinak-jinak melakukan komedi solo di depan orang ramai.

“Crackhouse merupakan tempat di mana banyak pelawak komedi solo baru mempelajari seni ini. Open mic dibuka kepada amatur yang ingin mencuba konten mereka di khalayak ramai.” ujar Afdlin lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial)

Dalam masa yang sama, Afdlin mengatakan seseorang pelawak komedi solo perlu mempersembahkan konten mereka di khalayak ramai untuk mengetahui sama ada lawak mereka boleh diterima atau tidak.

Dan, sama juga sepeti seorang atlet di mana mereka perlu praktis sehingga sempurna.

“Untuk check content (semak konten) kita baik ke tak, bagi standup komedi, kita kena persembahkan komedi kita di depan orang ramai supaya kita tahu mana yang boleh pakai dan tak boleh pakai. Sama macam atlet yang kena praktis sampai bagus.”terangnya.

Sumber : Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.