Baru saja keluar Penj4ra 7Hari, Emilia Terkejut Bekas Suami Mahu Tuntut Harta Sepencarian. Rupa ini puncanya

Emilia Hanafi bersama peguam hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi mendengar sebutan tuntutan harta sepencarian daripada bekas suaminya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan terkenal.

Difahamkan, tuntutan tersebut dibuat oleh pihak plaintif pada 17 Mac lalu. Meskipun ia dijadualkan berlangsung hari ini, namun kemudiannya ditunda pada 19 Julai pula.

lni agak aneh…biasanya bekas isteri tapi kali ini bekas suami yang tuntut dulu.

Begitulah respon peguam defendan, Datuk Khairul Anwar Rahmat ketika ditemui media sebentar tadi.

Ujarnya, kehadiran Emilia sekali gus membetulkan tanggapan sesetengah pihak bahawa ibu tiga anak tersebut meletakkan kepercayaan terhadap kedudukan dan kewibawaan mahkamah tersebut.

7 tahun sejak kami berpisah, saya tidak failkan apa-apa…saya terkejut menerima tuntutan harta sepencarian dari plaintif.

Dalam pada itu, Emilia Hanafi akui terkejut sebaik dimaklumkan mengenai tuntutan harta sepencarian itu. Walhal sejak berpisah pada Mac 2016, wanita berusia 43 tahun ini tidak pernah failkan sebarang tuntutan terhadap pihak bekas suaminya.

.

Difahamkan, harta yang ingin dituntut adalah melibatkan rumah kelamin sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Butiran itu dikongsikan oleh aktivis masyarakat, Mona Din yang turut mengiringi Emilia di mahkamah syariah slang tadi.

“Saya tanya Emilia, harta apa yg beliau nak tuntut dari you?”

“Rumah kelamin kami dulu Serene Kiara di Hartamas. Dua rumah berkembar yg di cantum menjadi sebuah. Satu rumah nama dia. Satu rumah lagi nama nama emila + nama dia.”

“So dia nak tuntut hak sepenuhnya 100% ke atas rumah kelamin kami yg di kongsi dua nama tu… Ohh really? You pule tuntut apa? Saya dah 7 tahun bcerai, tapi saya tak buat tuntutan harta sepencarian pun puan Whattt??? You bengong apa tak tuntut harta sepencarian Milia. Tu hak you kot . Lepas ni you kena buat. Kang aku sekeh emila”

Kesian Emilia sambut birthday dalam penjara haritu…siapa sangka, cinta yang bermula dari sekolah boleh berakhir macam ni.

Mona Din turut mengajak untuk sambut birthday hari ini, susulan wanita berkenaan masih di dalam penjara ketika tarikh ulang tahunnya pada 30 Jun lalu.

Ketika berbual sekali, Emilia Hanafi turut buka cerita bahawa bekas suaminya itu adalah cinta pertama ketika di bangku sekolah dahulu.

Belum terfikir soal pengganti, sebaliknya dia hanya mahu fokus terhadap anak-anak serta selesaikan urusan di mahkamah.

Sumber : Klsah dunla & Malaysiagazette

Naratif Emilia Hanafi tak tepat – Peguam SM Faisal

Naratif berkaitan dakwaan Emilia Hanafi dipenjara hanya kerana sekali menukar tarikh lawatan tiga anaknya, sedangkan bekas suaminya yang juga ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin tidak hadir 87 kali tidak diambil tindakan, adalah tidak tepat dan berniat jaht.

Peguam mewakili SM Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata naratif itu yang disebarkan hanya demi memburukkan nama Mahkamah syariah, perundangan syariah serta plaintif, SM Faisal.

Ini kerana katanya, Penghakiman Persetujuan bertarikh 23 Julai 2018 antara plaintif dan defendan, (Emilia) yang direkodkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur di hadapan Abu Zaky Mohammad, adalah sebaliknya.

Penghakiman Persetujuan itu menyatakan enam bulan pertama bermula Ogos 2018, hak lawatan (tanpa bermalam) adalah pada setiap Sabtu dan Ahad antara jam 9 pagi hingga 8 malam untuk minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan, sementara bermula Februari 2019, hak lawatan dan bermalam diberikan setiap Jumaat daripada jam 6 petang hingga 6 petang (Ahad) untuk minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

“Bagaimanapun, SM Faisal tidak pernah sekali dibenarkan berjumpa atau membawa keluar anak-anaknya. Walaupun sudah dipersetujui lokasi perjumpaan di Serene Kiara, Kuala Lumpur, Emilia tidak membawa anak-anaknya ke lokasi itu, sebaliknya menunggu di rumah bapanya di Country Heights, Kajang, Selangor.

“Beliau sengaja berbuat demikian kerana tahu bekas suaminya itu tidak akan hadir di Kajang dan beliau ada sebab melemparkan pelbagai tuduhan. Atas alasan inilah pihaknya menggunakan naratif SM Faisal tidak hadir sebanyak 87 kali walaupun jelas, terma Perintah yang dipersetujui adalah di Serene Kiara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumber : Bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.