Ini Jawapan Malu2 Shahir apabila di tanya tentang siapa bakal Istri

Juara Akademi Fantasia 8, Shahir mempunyai alasan tersendiri untuk tidak mendedahkan gerangan wanita yang sedang memiliki hatinya ketika ini.

Meskipun diaju dengan sekeping foto menunjukkan seorang wanita yang didakwa teman wanitanya, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 33, tetap mengunci mulut.

“Kita masih lagi dalam proses, belum ada ikatan. Ye lah, kita bertunang pun belum lagi. Jadi, kita tak mahu nnenwar-warkan sesuatu benda yang belum sahih.

“Jadi saya mengambil pendekatan untuk tunggu bila masa yang sesuai untuk berkongsi perkara tersebut,” ujarnya kepada Gempak.

Shahir ditemui selepas program siaran langsung MeLETOP pada Selasa.

Jelas pelantun lagu Aku Yang Berdosa itu lagi, pengalaman cinta lampau yang tidak menjadi membuatkan dia lebih berhati-hati berkongsi perihal jodoh.

“Saya dah ada pengalaman sebelum ni dimana orang gembar-gemburkan jadi kita tak mahu perkara yang sama berulang. Jadi tunggu bila dah betul-betul sah nanti.

“Saya selalu berdoa pada Allah, kalau betul sesiapa sahaja adalah jodoh saya, permudahkanlah.
“Alhamdulillah perkenalan saya dengan dia semuanya nampak dipermudahkan.

Persiapan berkahwin to pun kita dah mulakan dan setakat ini semuanya nampak lancar, alhamdulillah,” luahnya lagi.

Terdahulu, hubungan cinta di antara Shahir dan aktres jelita Erra Fazira terputus di tengah jalan dan masing-masing sudah membawa haluan diri.

Sumber : Gempak

Sebelum ini, Menjuarai program realiti berbentuk kerohanian, Hijrahkan Laguku terbitan TV AlHijrah, kelmarin, tidak bermakna Shahir Zawawi mahu melabelkan dirinya sebagai penyanyi nasyid atau memadam imej pop yang cukup melekat dalam diri.

Tegas Shahir yang juga bekas juara musim kelapan program realiti Akademi Fantasia (AF8) ini, dia tidak sesekali menghakimi dunia hiburan atau penggiatnya hanya kerana gelaran diraih.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini, biarpun dia kini dikenali sebagai penyanyi ketuhanan melalui program disertai, kerjaya seni seperti nyanyian dan lakonan masih seperti biasa termasuk pergaulan harian.

“Tidak bermakna selepas kita masuk program ini, kita akan tinggalkan kawan-kawan lain atau hendak menghakimi mereka… Perbuatan itu tidak baik.

“Kita ambil contoh terdekat iaitu Rasulullah SAW di mana pun kita bercampur, apa yang penting niat kita. Kalau kita bercampur dengan kawan lain, kadang-kadang kita belajar daripada mereka.

“Tidak semestinya mereka yang kena belajar daripada saya. Diri ini bukanlah sempurna. Sejujurnya, tidak ada isu pun sama ada saya akan lebih selektif atau tidak selepas ini.

“Hendak berhibur tiada masalah tetapi biarlah kena dengan cara,” katanya kepada BH Online selepas menjuarai pentas akhir Hijrahkan Laguku di Studio AlHijrah di ibu negara, kelmarin.

Ditanya apakah gelaran juara bakal menjadi beban kerana ramai yang akan memberi lebih perhatian, malah, mudah dihakimi jika melakukan kekhilafan, jejaka berusia 33 tahun ini berkata, perkara itu bukanlah sesuatu yang asing buat dirinya.

“Saya masuk program ini bukanlah hendak kata saya sudah jadi orang baik. Sebaliknya, saya hanya hendak belajar untuk menjadi orang baik.

“Imam Ghazali ada mengatakan, kalau kita hendak jadi baik, kenalah bergaul dengan orang baik.

“Kalau hendak kata gelaran ini sebagai beban atau memikul tanggungjawab besar, itu tidak benar. Tetapi kalau kita cuba berlakon atau pura-pura nampak baik pada mata orang, mungkin itu suatu beban pada saya,” kata penyanyi berasal dari Kampar, Perak ini.

Sebagai juara, kemenangan Shahir yang menyampaikan dua lagu iaitu Madahku secara solo dan Perjalanan Jiwa yang didendangkan bersama Datuk Nash, membolehkan dia membawa pulang wang tunai RM100,000.

Pentas akhir itu turut mencipta kejutan apabila tiada naib juara diumumkan.

Sebaliknya, finalis lain iaitu Nash, Iwan Syahman dan Mark Adam masing-masing memenangi wang tunai RM20,000.

Mengulas kemenangan yang mungkin disebabkan penganjur memperkenalkan konsep undian penonton sebanyak 20 peratus berbanding 100 juri profesional dalam persembahan mingguan, Shahir berkata:

“Kalau ketika AF, penilaian berdasarkan populariti sepenuhnya. Tetapi untuk program ini, juri menilai daripada segi persembahan dan keberkesanan dakwah yang hendak disampaikan.

“Jadi, fokus saya hanyalah untuk memastikan mesej dakwah yang disalurkan sampai. Saya bukannya mempromosi diri untuk mendapatkan undian,” katanya yang bakal muncul dengan single baharu.

Dikendalikan Faizal Ismail dan Bell Ngasri, program ini menggunakan format markah 80 peratus juri profesional dan 20 peratus pilihan penonton.

Sumber : Bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.