Ketepikan lsu poIitik Afdlin Shauki & Shahrol Shiro berdamai, Rupanya ini punca AfdIin buat uTurn

Pengarah filem terkenal, Afdlin Shauki, 51 hari ini membuat ‘u-turn’ apabila menyokong agar sebuah kelab komedi di Kuala Lumpur ditutup operasinya selepas banyak berlaku kejadian menghina agama dan bangsa berlaku di tempat tersebut.

Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh Afdlin di media sosial miliknya dengan berkongsi gambar seorang lelaki meminta wanita bertudung membantunya membuka penutup tin minuman keras sewaktu membuat persembahan komediri.

Tk boleh lagi sokong Crackhouse terus dibuka
Menurutnya lagi, walaupun hanya segelintir pelawak yang terbabit mempersenda agama, ia tetap tidak boleh dibiarkan berlaku berterusan kerana boleh menjadi ‘bar4h’.

Disebabkan itu beliau mengakui tidak dapat menerima apa yang terjadi di kelab komedi tersebut berdasarkan infomasi terkini lebih-lebih lagi ia jelas menunjukan berlaku penghinaan agama seperti yang ditunjukan dalam video-video yang viral.

“Kita hanya boleh berjuang berdasarkan informasi yang diterima dan pada ketika ini, informasi ini membuat abang tidak boleh lagi menyokong agar Crackhouse terus dibuka,” jelasnya.

Shahrol Shiro minta maaf andai terkasar bahasa
Menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat pelawak yang sebelum ini kuat mengkrltik pendapat Afdlin iaitu Shahrol Shiro antara yang bersyukur kerana pengarah filem Buli itu menyedari tentang hakikat sebenar kelab komedi tersebut.

Pelawak berkenaan juga mengucapkan tahniah kerana Afdlin meletakkan agama di hadapan dalam isu ini.

Jadi, dia dengan rendah hati mengajak agar seniornya dalam dunia komedi itu sama-sama membuat laporan poIis agar ada tindakan tegas berhubung isu yang telah berlarutan ini.

Dalam pada itu, Shahrol juga sempat mengucapkan terima kasih serta memohon maaf andai dalam isu ini dia ada terkasar bahasa sehingga boleh mengguris persahabatan yang pernah mereka bina sebelum ini.

Untuk makluman, sejak kelmarin, kedua-dua pelawak ini dilihat berbalah di media sosial berhubung pendapat masing-masing mengenai kelab komedi Crackhouse.

Afdlin dengan tegas mempertahankan pembukaan lokasi tersebut atas beberapa faktor manakala Shahrol membidas hal berkenaan kerana merasakan pelbagai perkara negatif berlaku di situ terutamanya melibatkan isu penghinaan agama dan bangsa.

Sumber : OMM

Pelawak Shahrol Shiro tidak bersetuju dengan Datuk Afdlin Shauki yang menentang penutupan sementara Crackhouse Comedy Club yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.

Shahrol berkata, penutupan sementara lokasi itu ada betulnya bagi membantu slasatan lsu yang sedang hangat diperkatakan itu.

“Ada dua persoalan yang bermain di fikiran saya. Pertama, sebagai penganjur dan pemilik premis kita punya hak untuk menghalang sebuah persembahan jika ia meIanggar batas-batas terutama isu sensitif yang membabitkan kesucian agama Islam.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

“Adakah ia tidak diberitahu kepada pelawak yang akan membuat persembahan terlebih dahulu? Dan jika ia melanggar batas itu kenapa penganjur tidak terus naik ke atas pentas dan membatalkan persembahan serta-merta dan kita melihat seolah-olah penganjur meraikan persembahan komedi itu.

“Kedua, adakah sebelum ini pihak penganjur pernah melepaskan ‘content’ (kandungan) sebegini atau lebih sensitif lagi kerana ada lagi beberapa video yang akan tular dan mengundang kemarahan masyarakat lagi.

“Pada pendapat saya biarlah ditutup sementara bagi membantu siasatan. Analogi ‘swimming pool’ agak kurang tepat digunakan untuk kes ini. Ada masa kita bangkang dan ada masa kita bertenang buat sementara,” katanya menerusi Instagram.

Shahrol juga menyeru supaya semua pihak bersama melahirkan pelawak Malaysia mempunyai pemikiran yang cerdas tanpa melanggar batas dan mempunyai kelas yang tersendiri.

Afdlin sebelum ini tidak bersetuju kelab itu ditutup sementara dan ia perlu terus beroperasi berikutan permasalahan berlaku membabitkan individu yang melakukan kontroversi dan tiada kena-mengena dengan tempat itu sebagai platform ketengahkan bakat.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial)

Terdahulu, tular di media sosial paparan video berdurasi 54 saat yang menunjukkan seorang wanita tampil berpakaian sopan dalam satu acara komedi di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial)

Dalam video berkenaan, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta sudah menghafal 15 juzuk al-Quran, sebelum secara tiba-tiba dia menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.

Sumber : Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.