Pelajar IPT boleh bersyukur Kini Boleh Nikmati Makanan Budget Rm3.50 Tapi berkualiti

Berita balk untuk pelajar IPT.Nasib setiap orang tidak sama. Tidak semua insan dilahirkan dalam keluarga yang berkemampuan.

Lebih menyedihkan, masih terdapat pelajar yang mengikat perut kerana tidak mempunyai wang dan harga makanan yang makin mencanak naik.

Namun, saranan Kementerian Pengajian Tinggi supaya pihak institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan menyediakan jualan makanan di dalam kampus dengan setiap hidangan pada harga siting RM3.50 menerusi inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia telah disambut balk.

Beberapa IPT tempatan kini dilihat telah menyahut saranan tersebut yang dijangka dapat membantu dalam meringankan lagi beban kos sara hidup penuntut IPT khususnya golongan B40 ketika ini.

Pada 4 Julai yang lalu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad telah mengumumkan menu makanan berkualiti dengan harga siting RM3.50 bagi setiap hidangan akan diperkenalkan menerusi inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia.

Setakat ini, IPT awam yang sedang melaksanakan inisiatif berkenaan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaya (UM).

Tinjauan di Facebook rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM mendapati, terdapat 12 hidangan Menu Kasih Pelajar Keluarga Malaysia yang telah dimuat naik beserta gambar melalui satu hantaran yang dibuat baru-baru ini.

Antaranya hidangan tersebut ialah Nasi Lemak yang Iengkap dengan telur, timun, kacang, ikan bilis dan sosej untuk sarapan serta beraneka jenis lauk lagi seperti Daging Masak Kicap, Tomyam Ayam, Ayam Paprik, Telur Dadar, Sayur Kobis malah ada juga hidangan serendah RM3.00 yang ditawarkan.

“Sebelum ini makanan yang dijual adalah sekitar RM7 sehingga RM8. Namun, dengan pelaksanaan usaha ini, semua penuntut serta warga kerja UPM mampu membeli makanan serendah RM3.50.

Ini membolehkan mereka mendapatkan hidangan Iengkap dan bernutrisi dengan harga berpatutan,” jelas Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Nuruliman Ibrahim.

Presiden MPP UMS, Eliezer Nevall Anthony pula berkata program sedemikian dilihat dapat membantu penuntut di UMS yang hampir 60% terdiri daripada golongan B40.

“Program sebegini amat balk dilakukan oleh pihak universiti bagi menjaga kebajikan penuntut yang kurang berkemampuan.

Harga RM3.50 yang dilaksanakan dengan beberapa pilihan menu adalah mencukupi untuk keperluan makanan harian penuntut di sini dan mereka berpuas hati,” tambahnya lagi.

Alhamdulillah, moga dengan inisiatif ini tiada lagi pelajar yang ikat perut.

Sumber : Remaja

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.