Jodoh Pelajar Kahwin Dengan Cikgu Sendiri, Beza Umur 33 Tahun Rupanya ini kisah disebaliknya

Siapa sangka pertemuan di sekolah menjadi titik permulaan bagi satu pasangan ini sebelum mereka selamat bergelar suami isteri yang sah.

Video yang dikongsi berjaya mendapat hampir 1.4 juta tontonan di laman TlkTok dan meraih perhatian ramai. Kalau dah jodoh tak ke mana.

Menerusi video yang dikongsi, wanita ini menceritakan jarak umur dengan suaminya adalah 33 tahun. Difahamkan lelaki berkenaan merupakan gurunya ketika di bangku sekolah.

Rezeki pasangan ini apabila mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada tahun lepas semasa hari ulang tahun yang pertama dan kini difahamkan sedang mengandung anak yang kedua.

Di sebalik kebahagiaan tersebut, wanita ini menceritakan dia pernah melalui satu tempoh sukar apabila dicerca, difitnah, dan dipinggirkan oleh orang yang berada di sekelilingnya.

Perancangan Allah yang terbaik. Kebahagiaan sesebuah keluarga terletak pada perancangan Allah.

Kita sebagai manusia tidak berhak menghukum. Kekayaan adalah rahsia Allah.

Hasil pemerhatian pihak OHBULAN! mendapati ruangan komen video yang mendapat lebih 1.4 juta tontonan itu ditutup oleh pemilik video.

sumber : ohbulan

Kenal Masa Form 3, Kisah Guru Kahwin Dengan Anak Murid

Sudah menjadi lumrah manusia di dunia ini pastinya ingin mempunyai pasangan untuk mencintai dan menjaganya hingga ke akhir hayat.

Namun sebaik mana kita merancang, jodoh pertemuan semua di tangan Allah S.W.T.

Jika ada rezeki kita akan bersama pasangan hingga ke akhir hayat. Namun kadang-kadang jodoh kita sampai awal dan ada juga yang jodohnya sampai lambat.

Seperti satu perk0ngsian dari portal Yoy Network kisah yang v!ral di media sosial di mana seorang wanita, 36 tahun mengenali suaminya, 25 tahun ketika suaminya masih berada di tingkatan 3 lagi dan semasa itu beliau merupakan seorang guru.

Walau bagaimanapun, pada ketika itu hubungan mereka hanya lah sekadar guru dan juga anak murid.

Menerusi lap0ran mStar, wanita berusia 36 tahun itu berkata, dia mula mengenali suaminya ketika bertugas di sebuah sekolah menengah di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 2010.

Ketika itu suami sekadar pelajar di salah sebuah kelas di tempat saya mengajar. Saya bukan guru kelas dia pun, tapi pernah menjadi guru ganti di kelasnya beberapa kali.

“Masa tu dia baru berusia 15 tahun, masih muda remaja lagi. Saya tidak mengenalinya begitu rapat dan hanya menganggap dia sebagai salah seorang pelajar di sekolah,” katanya kepada mStar, sambil menambah dia dikenali sebagai Cikgu Erma di sekolah.

Lebih mesra disapa Izza, katanya, dia kemudian bertugas ke sekolah lain di Pulau Pinang dan mendirikan rumah tangga, namun hanya bertahan sehingga 2018 sebelum membuat keputusan untuk berpisah.

“Tahun berikutnya pada 2019 saya menerima DM (mesej secara langsung) daripada dia (kini suami) di Facebook, dan pada mulanya dia masih memanggil saya ‘cikgu’.

“Dia pelawa saya untuk menjadi model fotografi bagi satu majlis permotoran. Pada mulanya, saya terkej0t juga sebab dia masih kenal saya dan hubungan kami bermula dari majlis tersebut,” ujarnya yang berhenti kerja sebagai guru pada 2016.

Sementara itu, bekas pelajar Izza yang kini adalah suaminya, Mohamad Ammar Mohamad Izham, 25, mende dahkan dia sebenarnya menaruh hati kepada guru ganti itu pada 2010.

“Saya crush dengan cikgu (kini isteri) sebab tertarik dengan personaliti dan cara pembawakan diri dia. Tapi sekadar crush sahaja sebab hubungan kami sekadar pelajar dan guru, tidak lebih daripada itu.

“Tapi saya tak tahu pun cikgu dah berpindah untuk bertugas ke sekolah lain, tiba-tiba hilang macam tu je. Tercari-cari juga tapi move on je lah,” ujarnya yang berasal dari Bayan Baru.

Ammar berkata, dia bagaimanapun tergerak hati untuk mencari guru ganti itu setelah bertahun-tahun sebelum menjumpai akaun Facebook guru tersebut dan menghubunginya.

“Pelik juga sebab saya tengok tak ada pun gambar dengan suami di Facebook tapi saya tidak bertanya lanjut kerana menganggapnya sebagai perkara peribadi.

“Selepas tiga bulan kami berhubung semula sejak majlis permotoran tu, barulah saya mendapat tahu yang dia telah berpisah,” katanya yang kini mengusahakan sebuah perniagaan.

“Saya berterus terang tentang perasaan saya. Saya tak nak lagi dia hilang buat kali kedua dan saya terlepas peluang.”

Menyedari status ibu tunggal guru ganti itu, Ammar memasang strategi untuk mengenali lebih rapat sebelum menjalinkan hubungan yang lebih serius.

“Saya berterus terang tentang perasaan saya. Cukuplah dulu dia ‘hilang’ sekali. Saya tak nak lagi dia hilang buat kali kedua dan saya terlepas peluang,” ujarnya

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.