“Pergi Thailand Berminggu-Minggu Kerja, Tinggalkan I Dengan 3 Anak Terkontang-Kanting” Suami ‘Bahasakan’ Nadya

Pelakon Nadya Syahera, 29, mendedahkan dirinya tertekan kerana terpaksa mengelola hal rumah tangga bersendirian kerana suaminya, Fizul Nawi terlalu sibuk dengan urusan kerja.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Stories Nadya pada Rabu, aktres drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna ini mendakwa suaminya, Fizul Nawi seakan tidak mengendahkan apabila dia cuba berkongsi masalah yang dihadapi olehnya.

“Dah la keluar bekerja ke Thailand berminggu-minggu tinggalkan saya dengan tiga orang anak terkontang-kanting. Saya tepu duduk rumah, tak tahu nak cakap macam mana.

“Kalau nak keluar bawa semua anak. Susahnya nak dukung anak sambil menangis. Sebab itu mental saya terganggu. Tetapi saya selalu pujuk hati katakan orang lain lebih susah.

“Saya cuma penat pendam, tiada ruang nak bercakap dan jelaskan dekat dia (suami), Sibuk dengan kerja 24 jam. Kadang-kala kalau saya cakap, masuk telinga kiri keluar kanan. Sedih sebab apa saya cakap dia tidak ambil peduli.

“Saya duduk rumah uruskan anak seorang diri. Kalau dapat luahkan dan dia buat saya senang, boleh juga kurangkan rasa sayu ini. Nak cuba cakap pun takut. Jadi lebih baik diam dan pendam sahaja,” tulisnya.

Lama memendam rasa, Nadya juga mendedahkan anak-anaknya sering menjadi tempat untuk dirinya menyalurkan rasa marah.

“Saya kerja untuk anak-anak dan bila ada duit memang banyak dihabiskan untuk mereka. Tiada cara lain yang buat saya gembira melainkan melihat anak-anak gembira. Kasihan apabila saya stres mereka terkena tempias.

“Aleena dan Mamad kerap kena marah kebelakangan ini sebab saya penat. Anak-anak apabila hendak membesar ada sahaja perkara dilakukan yang buat saya marah.

“Saya memang cepat terasa kalua dia pergi bersenang lenang lepak shisha bagai sedangkan saya bertungkus lumus uruskan tiga orang anak seorang diri,” ujarnya.

Sebelum ini, Nadya dan Fizul pernah mengalami masalah rumah tangga pada 2019 selepas aktres itu mendedahkan kecurangan suaminya.

Berkahwin pada September 2015, rumah tangga Nadya dan Fizul diserikan dengan tiga orang anak iaitu Aleena Rose, 7, Mohamad Dayyan, 6, dan Muhammad Barr Adam, 3 bulan.

Sumber : xtra

PELAKON Nadya Syahera mengakui masih tinggal sebumbung dengan suami, Fizul Nawi meskipun rumah tangga bergolak selepas dia mendedahkan kecurangan suaminya.

Nadya, 26, atau nama sebenarnya Nadya Syahera Rosli berkata, dia dan suami yang juga ahli perniagaan dalam proses membaik pulih hubungan mereka.

“Kami masih suami isteri dan tinggal bersama. Sekarang, kami dalam proses nak menyelesaikan kemelut yang berlaku. Walaupun suami masih berulang-alik antara Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu atas urusan kerja, tapi kami ambil ruang untuk selesaikan.

Terdahulu Nadya mendedahkan kecurangan suami dengan seorang wanita yang juga anak kepada pengasas produk di Kelantan selepas mendapat bukti bergambar.

Menerusi perkongsian itu, Nadya mendakwa mula menghidu kecurangan suami kira-kira seminggu sebelum sambutan Aidilfiti lalu.

Nadya berkata, suaminya tidak pulang ke rumah hampir sebulan pada ketika itu.

Nadya dan suami berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 2, dan Mohamad Dayyan, 1.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.