“Pergi Thailand berminggu-minggu..” Nadya Syahera dah tak tahan perangai suami

Mungkin dah lama memendam rasa, pelakon Nadya Syahera telah meluahkan perasaan tentang sikap dan perangai suaminya iaitu Fizul Nawi.

Jelas Nadya Syahera, dia kini tertekan kerana suami selalu saja tiada di sisinya, dan lebih banyak menghabiskan masa dengan bekerja dan juga melepak di luar.

Menjaga anak seorang diri, Nadya Syahera meluahkan rasa hatinya yang terpendam menerusi beberapa hantaran di Ig story.

Antaranya, Nadya mendedahkan, suami pergi ke negara jira, selama berminggu lamanya, dan hanya meninggalkan dirinya menjaga anak sendirian.

“Dah la keluar pergi bekerja kat Thailand sampai berminggu-minggu lamanya tinggalkan saya dengan tiga orang anak terkontang-kanting. Saya sampai dah tepu duduk rumah, tak tahu nak cakap macam mana.”

“Jika keluar dengan semua anak pun, memang dia ni susah nak dukung anak. Sebab itu mental saya agak terganggu. Saya ni selalu memujuk hati cakap ada orang lain lebih susah.”

“Saya sekarang dah penat sangat pendam rasa, tak ada ruang nak jelas kat dia, sebab dia tu busy 24jam saja.”

“Bila saya cakap saja, hanya masuk telinga kiri keluar kanan. Sedih sungguh apabila saya cakap dia langsung tak ambil peduli.”

Selain itu Nadya Syahera juga mendedahkan suaminya kerap saja pulag lewat dan dia kena tunggu untuk buka pintu.

“Memang terasa hati ini, apabila dia senang lenang kat luar pergi bershisha walhal saya tungkus lumus urus anak tiga orang seorang diri.”

Pelakon ini menjelaskan, dia pun rasa kesian kat anak sebab kadangkala memarahi mereka ketika rasa stress.

“Aleena dan Mamad kerapkali kena dimarahi saya akhir ini kerana saya rasa penat. Anak-anak apabila nak membesar ni memang ada saja benda yang mereka buat, sampai saya naik angin.”

Pelakon Nadya Syahera dan suami Fizul Nawi berkahwin pada tahun 2015 dan dikurniakan 3 orang anak Aleena 7 tahun, Mamad 6 tahun dan Barr Adam, umur 3 bulan.

Terdahulu Nadya mendedahkan kecurangan suami dengan seorang wanita yang juga anak kepada pengasas produk di Kelantan selepas mendapat bukti bergambar.

Menerusi perkongsian itu, Nadya mendakwa mula menghidu kecurangan suami kira-kira seminggu sebelum sambutan Aidilfiti lalu.

Nadya berkata, suaminya tidak pulang ke rumah hampir sebulan pada ketika itu.

Nadya dan suami berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 2, dan Mohamad Dayyan, 1.

Sumber : news-tel

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.