‘lkon permotoran’ bawa diri, Sekali K0men Haqiem tarik perhatian netlzen

Berita tentang ‘ikon permotoran’ iaitu TlkToker terkenal, HaqiemSt0pa yang dikatakan telah disaman pihak poIis disebabkan tiada lesen memandu telah tular di media sosial.

Hal tersebut telah membuatkan ramai tertawa kerana menyangka pemuda berkenaan sudah mempunyai lesen memandu memandangkan konten-konten yang ditunjukan seakan sudah ‘pro’ dalam dunia permotoran.

Dia juga menjadi ikutan para remaja ‘pencinta dua roda’ dan diangkat menjadi idola mereka lebih-lebih lagi media sosialnya mempunyai pengikut yang ramai.

Tolak bagasi di airport. Selepas pihak polis juga mengesahkan hal tersebut, Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar telah memuat naik satu perkongsian di akaun TlkTok dengan menunjukan dirinya yang sedang menolak bagasi di lapangan terbang.

Dia juga turut meninggalkan kapsyen dalam bahasa Inggeris merujuk kepada nasihat supaya tidak mengecam seseorang yang mempunyai masa silam yang gelap kerana mereka juga sedang berusaha untuk berubah.

‘Sempoi’ balas kata nak pergi buat lesen
Walau bagaimanapun, Haqiem dilihat ‘sempoi’ menulis diruangan komen dengan berseloroh mengucapkan selamat tinggal kerana mahu pergi membuat lesen memandu

“Takpe bang, yang kutuk2 tak fikir nanti kena kat anak memasing”.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas diterima dan ada diantaranya tetap menyokong TikToker itu. Mereka menganggap apa yang terjadi adalah ujian buat pemuda tersebut dan orang yang mengecam tidak tahu rasanya berada di tempat Haqiem Stopa.

Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka terus meninggalkan komen menyentuh isu lesen yang sedang hangat diperkatakan lebih-lebih lagi berita dia tidak mempunyai lesen memandu betul-betul mengejutkan ramai.

“xper bang die org yang kutuk xfikir nanti
kene kat anak masing!! time tu lah nak
mengelupuh baru tease macam mane
sakitnye kene kecam”

“Dahh, pegi buat lesen dulu baru borak”
“pergi la cri ketenangan kt luar sna smoga
selamat smpai ke destinasi”

“Aku ni minat btl ngn @hakiemstopa niey….Minat ngn segi care dia tu sempoi jE .Arap2 nnti beby aku kuor nnti ad iras2 dia nie”
“Kenape mata aku berair hm period kot bye
elok2 jalan tau tanye drive tu ade lesen”

Sumber : OMM

sebelum ini, Terbaru, tular gambar Tiktokers itu dikenakan saman kerana tidak mempunyai lesen kenderaan. Menerusi gambar itu, Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar baru sahaja disaman pada 17 Julai lalu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pukul 11.39 minit malam.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai di mana ramai ‘geli hati’ apabila mengenangkan ikon permotoran yang ‘disanjung’ itu sebenarnya tidak mempunyai lesen memandu.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.