“Biar gag4I jadi isteri, yang penting tldak gagaI jadi ibu” Rita Rudaini

Salah satu video yang dimuatnaik oleh pelakon jelita, Rita Rudaini di akaun TlkTok nya menarik perhatian ramai warganet dan juga lensa Murai MY.

‘GagaI Jadi Isteri’Murai menjengah ke akaun TlkTok milik aktres berbakat ini dan mendapati, Rita memuatnaik video gambar dirinya bersama dua orang putera hati bersama coretan yang cukup ringkas tapi penuh makna.

“Biar gag4l menjadi seorang isteri.
Yang penting tidak gagaI menjadi seorang ibu.” Tulisnya.

Melihat coretan yang dikongsikan di dalam video tersebut Rita menganggap dirinya seorang isteri yang gagal, walaupun kecundang dalam perkahwinan ia tidak mengaburi mata hati yang melihat bahawa wanita ini hebat dalam mendidik kedua anak lelaki dengan caranya yang tersendiri.

Kaum Hawa Beri Sokongan Moral. Video yang dikongsikan Rita di akaun TlkTok nya mendapat perhatian ramai kaum hawa di platform tersebut, rata-rata mereka memberi komen dengan mengatakan bahawa pelakon jelita tersebut merupakan seorang wanita dan ibu yang hebat serta telah berusaha sehabis baik.

“Tidak, anda tidak gagal. Anda dah berusaha yang terbaik dan anda menang perlumbaan yang lain.”

“Tidak satu manusia pun yang sempurna. Hanya Allah sahaja yang layak menilai kita.”

“Rita ibu yang terbaik. Semoga keluarga ini sentiasa di rahmati Allah.”

“Anda ibu yang terbaik di dunia ini. Anda wanita yang kuat kak. Jangan putus asa. Doakan yang terbaik untuk anda.”Komen warganet

“Inspirasi pada kami ibu-ibu tunggal untuk tetap semangat dan kuat demi anak-anak. Sayang selalu kak @Rita Rudaini.”

“Terus kuat.”
“Tak apa sayang.. Tiada siapa yang sempurna.”
“Wanita yang kuat.” Komen mereka

“Gelaran isteri boleh dibuang.. Tapi ibu hanya yang haq. Anugerah Illahi.”

“Anda dah buat yang terbaik.”
“Kuat dik. Akak salut kat adik.”
“Alhamdulillah anak-anak masih setia. Moga dilindungi Allah.” Komen mereka lagi

Tonton klip penuh:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Apa pun semoga Rita bahagia dan kekal kuat demi anak-anak yang tersayang.

Sumber : Murai

Pelakon, Rita Rudaini, 47, mengaku saban malam bahkan setiap masa dia sentiasa menanti panggilan telefon daripada anak terunanya, Airit Rayyan Rizqin, 13, yang kini berada di sebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan.

Menurut Rita, dia akan berasa sedih jika tidak dapat berbual dengan anak sulungnya itu dan akan memperuntukkan waktu setiap hari untuk ‘bergayut’ di telefon walau sebentar cuma.

“Semua orang tahu, selama ini kami memang tak pernah berenggang langsung dan kalau keluar pun saya memang akan dengan anak-anak sahaja.

“Sekarang ini, setiap malam saya akan tunggu Rayyan telefon. Sebab saya tak akan hubungi pada waktu dia sedang belajar di sekolah. Jadi saya akan tunggu dia yang telefon dulu kerana itu bermakna dia ada masa rehat.

“Saya ini dah macam tunggu boyfriend telefonlah! Dapat dengar deringan pertama saja terus cepat-cepat angkat,teruja. Gembira bila dapat bercakap dengan dia dan tahu perkembangan dia sehari-hari,”katanya.

Rita berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran Lana’s Bakery Land di sini, Ahad lalu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Berkongsi lagi, kata Rita, anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna, 11, juga sering berasa sedih setiap kali terkenangkan ketiadaan abangnya itu di rumah kini.

“Adik dia pun ada kata sunyi dekat rumah. Bila kami sembahyang sama-sama, waktu nak bersalaman, selalunya dua orang anak salam saya. Tapi sekarang ini tinggal seorang ini je la.

“Lepas tu, kami berdua mulalah berpelukan sambil menangis sebab rindu abang Rayyan dia,” katanya.

Dalam pada itu, kata Rita, walaupun sedih terpaksa berjauhan dengan Rayyan, namun dia tidak akan sesekali menghalang sekiranya Arjuna turut mendapat peluang belajar di sekolah asrama kelak.

“Saya memang cepat tersentuh hati kalau pasal anak-anak. Saya juga pernah tersasul panggil nama Rayyan di rumah, teringat macam dia ada.

“Bila Arjuna tengok saya menangis kerana rindukan Rayyan, dia kata dia tak nak lah masuk asrama dan nak jaga saya selalu. Terus saya tepis kata-kata dia dan suruh dia pergi belajar juga.

“Saya cakap dengan dia ‘tidak mengapa, mummy boleh duduk seorang’,” katanya.

Untuk rekod, Rita, 46, mempunyai dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna hasil perkahwinan dengan bekas suami, pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Sumber : Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.