Saya cedok patuh syariah” DSV akhirnya buka mulut slepas ditegur netlzen

Sejak kebelakangan trend penjualan secara ‘cedok’ tiba-tiba menjadi ikutan golongan peniaga yang mempromosikan barangan secara langsung di aplikasi TlkTok.

Difahamkan kaedah tersebut memperlihatkan peniaga akan mencampurkan pelbagai jenis barang dan digaulkan sebelum ‘mencedok’ secara rawak dengan menetapkan harga tertentu.

Antara salah seorang usahawan yang terlibat dalam trend tersebut termasuklah usahawan kontr0versi Datuk SerlVlda di mana dia seringkali berkongsi aktiviti ‘mencedok’ barangan kosmetik dan kecantikan keluarannya kepada pelanggan dengan harga tertentu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Bukan itu sahaja, malah dia juga menyediakan cabutan bertuah bagi mereka yang mengikuti sesi ‘Cedok-cedok bersama DSV’.

Terbaharu, pengasas Vida Beauty itu tampil menjawab isu berkaitan ‘cedok’ barangan jualan menerusi temubual oleh wartawan mStar.

Menurut pemilik nama Hasmiza Othman isu cedok yang dibangkitkan itu pada dirinya adalah tidak haram kerana ia bergantung pada niat seseorang peniaga itu dalam mempromosikan dan menjual produk mereka.

“Buat sajalah tapi pada saya niat dan akad. Apa yang saya bagi itu mesti mendapat persetujuan daripada mereka dan saya sentiasa bagi lebih. Jadi, tiada istilah haramnya pada saya.

“Saya ‘cedok’ mematuhi syariah,”jelasnya. Jelasnya lagi, tiada timbulnya isu haram atau gharar seperti yang diperkatakan ramai baru-baru ini sekiranya pelanggan mendapat keuntungan dan bukannya kerugian.

“Pada pandangan sayalah, jika pelanggan itu membeli dan tidak akan merugikan diri dia sendiri melainkan untung saja sebab saya bagi kepadanya nilai barang lebih daripada apa yang dia bayarkan.

“Dan, lebih barang itu daripada kita promo kepada mereka. Dan, jika mereka melihat saya promosikan barang di platform lain ia adalah tidak sama. Cara ‘cedok’ ini ibarat giveaway daripada saya kepada mereka.”jelasnya lagi.

Dikesempatan itu, usahawan berusia 51 tahun ini sempat berseloroh dengan mengatakan dia merupakan CEO kepada segala ‘cedok-menyedok’.

Selain itu, usahawan kelahiran Kelantan ini sempat meluahkan kekecewaannya apabila kedai perniagaan anaknya, Cik B yang sering dikunjungi pelanggan bertukar ‘sendu’ dengan mendakwa akibat perbuatan slhir.

Vida berkata, kejadian itu berlaku selepas tamatnya PKP beberapa bulan lalu selepas terdapat beberapa pengikutnya bertanya akan kedai Cik B yang dikatakan sudah lama tidak beroperasi.

Terdahulu, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin tampil memberi teguran berhubung cara ‘cedok’ itu yang disifatkan perlu menjaga halal dan haram dalam perniagaan kerana ia mempunyai unsur-unsur gharar (keraguan).

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.