Jasmine Suraya Chin Dilihat berada dalam Majlis ilmu, Iofa dedahkan Sesuatu Slepas Semua Tetamu Balik

Selebriti popular, Neelofa meluahkan rasa terharu apabila majlis ilmu yang dianjurkannya untuk rakan artis mendapat sokongan ramai.

Memetik BH Online, Neelofa turut terharu apabila pelakon bukan Muslim iaitu Jasmine Suraya turut hadir untuk belajar mengenai agama Islam.

“Sangat mengejutkan apabila rakan artis bukan Muslim seperti Jasmine menyatakan hasrat mahu hadirii majlis ilmu. Dia mahu datang kerana ingin tahu mengenai Islam.

“Jasmine jadi orang terakhir yang meninggalkan majlis. Itu majlis ilmu pertama yang dihadirinya. Kebetulan pada penghujung majlis, ustazah menyebut kisah orang bukan Muslim yang ada masalah keresahan (anxiety) dan disuruh berzikir pada Allah.

“Alhamdulillah, rezeki dia (Jasmine) berpeluang hadir majlis itu. Saya berbesar hati menjemput Jasmine. Rasa berbunga-bunga hati apabila dia mahu sertai,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa terharu kerana majlis ilmu yang dianjurkannya mendapat sambutan baik kerana pada awalnya dia mengakui bimbang jika mengguris hati sesiapa.

“Sebenarnya, saya segan ajak orang. Saya fikir apakah tetamu mahu atau tidak datang. Saya takut singgung perasaan mereka, tetapi, Alhamdulillah semua sambut baik jemputan saya.

“Malah, rakan artis tidak bertudung berterima kasih saya menjemput dan mahu datang lagi. Sebenarnya, mereka perlukan orang lain untuk bantu dan bimbing, cuma tidak tahu di mana hendak mula,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa berkata dia berhasrat untuk menganjurkan majlis ilmu untuk rakan rakan artis sebulan sekali serta merancang untuk mengadakan majlis lebih besar untuk orang ramai.

“Saya terfikir mampu melakukannya tetapi kenapa tidak buat. Saya mahu mulakan dengan majlis pengenalan kepada Rasulullah SAW. Saya akan bagi tarikh dan masa, tinggal datang sahaja. Tidak perlu bayar atau sahkan kehadiran dan sebagainya,” katanya.

Sumber : Rotikaya

Pelakon Jasmine Suraya Chin tidak menafikan akan keinginannya untuk mengetahui lanjut mengenai Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Malah, keberadaannya di majlis ilmu Hijrah Cinta yang dianjurkan Neelofa baru-baru ini, menurutnya kehadiran itu sebenarnya dibuat secara senyap-senyap.

Jasmine,33, menerusi Harian Metro bagaimanapun menjelaskan, is adalah suatu perkara yang bersifat peribadi.

“Secara jujurnya, ini boleh dikatakan sebuah perjalanan yang cukup peribadi untuk saya.

Hakikatnya, saya kalau boleh nak simpan hal untuk peribadi saja. Saya pun tak berani nak kecoh sangat.

“Apa boleh saya kata, saya ingin tahu sejak beberapa tahun ini. Saya pun melalui isu peribadi dan jemputan itu datang tanpa disangka. Seorang kawan ajak saya kerana dia tahu saya tertanya-tanya dan mahu tahu lebih lanjut.

“Saya ingin tahu sebab mahu dapatkan kepastian. Apabila kita tiada pegangan, banyak hal dirasakan seperti tak stabil. Mungkin asal-usul saya agak bercelaru dan tidak seimbang, itu yang saya rasa,” katanya.

Pada awal, dia fikir is berkisar topik cinta dan dia pun tak bercinta dengan siapa-siapa. Namun, rakannya memberitahu Hijrah Cinta berkaitan kisah nabi.

“Saya rasa is cukup menarik dan saya pergi. Menariknya, beberapa kisah yang ustazah kongsi ketika itu sangat berkaitan dengan diri saya.

“Sebenarnya saya tak nak orang tahu saya pergi. Sepanjang majlis pun saya pakai pelitup muka dan ramai tidak cam meskipun ramai sebenarnya kawan saya hadir ketika itu. Saya pun tak berani nak tegur mereka. Saya enggan tonjolkan diri,” katanya lagi.

Jasmine pada masa sama terharu apabila kawan yang cam dirinya mengalu-alukan kehadirannya.

“Sangat menggembirakan juga apabila Neelofa alu-alukan saya dan minty saya kongsi kalau ada apa-apa termasuk persoalan. Ia satu perasaan yang cukup tenang.

“Ada perkara yang dikongsi ustazah juga cukup menyentuh saya. Saya tak pernah percaya mengenai sebarang petunjuk. Tapi saya bertanya kepada kawan, adakah itu satu petunjuk?” katanya.

Terdahulu, Neelofa mengadakan majlis tersebut khas buat selebriti dan penggiat seni wanita. Selain Jasmine, antara rakan artis yang lihat turut hadir ialah Ika Nabella, Zulin Aziz, Izara Aishah, Kaka Azraff, Amyra Rosli dan ramai lagi.

Sumber : MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.