Ramai Trpegun Melihat Makcik ‘Cleaner’ Sembang Dalam Bahasa Jepun, Rupanya Ini latarbelakang Bkan Calang2 Orgnya

Sebelum ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita yang bekerja sebagai pencuci di Masjid Negara fasih bertutur dalam bahasa Jepun sehingga menarik perhatian ramai.

Bukan sahaja rancak berbual bersama beberapa delegasi dari Jepun, malah pertuturannya dalam bahasa Inggeris membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai latar belakangnya.

Makcik ‘cleaner’ Masjid Negara pernah jadi pemandu pelancong selama lebih 3 dekad.

Terbaharu, memetik portal Harian Metro, ‘makcik cleaner’ mengatakan dia bukanlah pensyarah seperti yang didakwa oleh segelintir warganet dan hanyalah sekadar insan biasa.

Bagaimanapun, pemilik nama Nirmaningsih Mawi mendedahkan dirinya pernah bekerja selama 30 tahun sebagai pemandu pelancong namun beralih menjadi tukang cuci kerana penutupan sempadan akibat pandemlk.

“Kali terakhir saya bawa pelancong ke negara ini (sebelum PKP) adalah pada 13 Mac lalu dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengubah hidup saya.

“Empat bulan saya tidak bekerja sebelum ambil tawaran bekerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat.”katanya.

Kak Ning seronok kerja sebagai tukang cuci di masjid
Dalam pada itu, dia yang mesra disapa sebagai Kak Ning memberitahu dirinya bekerja di situ selama enam bulan sebelum beralih ke sebuah syarikat sanitasi dan kini berada di Masjid Negara bersama suami yang juga bekerja sebagai tukang cuci.

Kak Ning berkata, dia berasa seronok apabila berpeluang bekerja sebagai tukang cuci di masjid dan ia sememangnya memberikan banytak pengalaman baharu.

“Satu pengalaman baru kerana dulu, saya bawa pelancong ke masjid tetapi kini bekerja di sini pula,” katanya ketika ditemui di Perpustakaan Sheikh Iris Al-Marbawi, di sini.

“Di sini, saya dapat jumpa pelancong setiap hari, jumpa dan makan tengah hari dengan suami, solat dan baca al-Quran. Selain itu, ada banyak kelas agama seperti tadarus jadi itu yang menarik malah saya sudah anggap masjid ini seperti ‘heart of the city.”ujarnya.

Selain itu, Kak Ning memberitahu anaknya pernah meminta dia untuk mencari pekerjaan lain tetapi baginya ia (tukang cuci) tetap satu pekerjaan malah memberi peluang bersama suaminya.

Selain bahasa Jepun, Kak Ning juga fasih bahasa Jerman, Arab dan Inggeris
Disoal mengenai pengalamannya sebagai pemandu pelancong, Kak Ning menceritakan dia bermula kerjaya tersebut pada tahun 1990 di bawah stau syarikat agensi pelancongan selama empat tahun sebelum bergerak secara bebas.

Berikutan itu, wanita berusia 59 tahun itu mengambil kursus bahasa bermula dengan bahasa Inggeris pada tahun 1990, diikuti Jepun (1991-1992), Arab (2010) dan Jerman pada tahun 2011.

Tambahnya, setelah tamat kursus, dia perlu menjalani ujian penilaian sebelum mendapat lesen bahasa daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

“Kiranya, saya boleh bertutur dalam lima bahasa cuma banyak berurusan dengan pelancong dari Jepun.

“Saya belajar bahasa Jepun ketika mengikuti kursus intensif Dasar Pandang Ke Timur selama enam bulan di Wisma Belia, Jalan Syed Putra, di sini selepas mendapat tajaan biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Tamat kursus, saya bekerja sambil menjalani latihan pula di syarikat agensi pelancongan dekat Tokyo, Jepun dan di situlah saya praktikkan cara bercakap selain belajar etika kerja di sana.

“Kalau tidak ke sana, boleh jadi saya tidak boleh cakap Jepun seperti sekarang cuma pengorbanannya apabila perlu meninggalkan anak sulung yang ketika itu berumur 11 bulan,” katanya.

Menariknya, meskipun sudah terikat dengan komitmen sebagai tukang cuci di masjid, ibu kepada lima cahaya mata itu masih belum meninggalkan kerjayanya sebagai pemandu pelancong di mana dia masih menawarkan khidmat tersebut pada hujung minggu.

“Waktu kerja saya di sini adalah daripada jam 7 pagi hingga 4 petang manakala cuti pada Ahad.

“Jadi, waktu hujung minggu saya gunakan untuk ambil tawaran kerja sebagai pemandu pelancong dan kiranya masih boleh buat kerja seperti dulu,” katanya yang dilahirkan di Sumatera, Indonesia sebelum berhijrah ke negara ini mengikut ibunya ketika berumur tiga tahun dan masih fasih berbahasa Minangkabau.

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan seorang ‘makcik cleaner’ sedang rancak berborak dengan beberapa delegasi Jepun sehingga menerima pujian ramai.

Tonton klip penuh.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.