“Banyak Benda Tldak Trluah Selama ini” Reaksi Mizznina Mngalir Alrmata Buat Rmai Trsentuh

Meskipun baru berpisah talak satu, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina menjalani rutin harian seperti biasa termasuk melakukan sesi perkongsian ilmu kepada orang ramai.

Terbaru, tular satu video memaparkan selebriti berusia 42 tahun itu tidak dapat menahan sebak ketika menjadi salah seorang panel bagi sebuah program motivasi baru-baru ini.

Rakaman dengan audio lagu Hijrah Cinta dendangan asal Rossa sebelum dinyanyikan semula oleh Wany Hasrita itu kelihatan Mizz Nina beberapa kali mengesat air mata menggunakan tisu.

Ketika dirakam, difahamkan pengasas aplikasi Qalby itu bercerita tentang konsep qada dan qadar dalam program bertajuk ‘A Heart of Stone: The Case of a Hardened Heart and its Cure’ tersebut.

Tanpa audio lagu

Video dimuat naik di akaun TikTok @ejust4u itu meraih hampir 776,000 tontonan serta pelbagai reaksi netizen terhadap situasi sebak berkenaan.

Menerusi pemerhatian di ruangan komen, ramai netizen menitipkan kata-kata positif kepada Mizz Nina selain berharap agar dia terus istiqamah dan tabah dalam menghadapi ujian Allah SWT.

Menangis buat rasa lega

“Banyak benda x terluar dg hanya menangis je
rasa lega”
“insyAllah Allah nk bg darjat yg tinggi”

“Sending virtual hugs for Mizz Nina. ALLAH will
heal your heart. The heart is created by Him,
for Him and because of Him.”
“prtama kali tgk dia nangis ya Allah hadiahkan lah dia syurgamu amin”

“Allah sentiasa mguji orng2 yg sabar… semoga
Allah sentiasa melindungi ornq2 g saba…”
“tgok dia nangis kita pun nangis wlau xtahu apa
yg dia cuba smpai kn.. sbb tiba2 trasa kesedihan dia juga”

“Bila kita pilih untuk dekat dengan Allah, ujian
mmg selalu bertimpa timpa…”
“cantik sgt Nina ni mcm org Arab wajah nya”

“tenang ja wanita hebat ni walau dIm keadaan
terbeban…semoga aku juga sekuat kamu”
“menangislah sepuas puasnye inshaaAllah dengan tangisan tu akan member kekuatan pd dir utk meneruskan hidup didunia tipu2…..SEMANGAT SIS”

Untuk rekod, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkahwin dengan penyanyi Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun mengumumkan penceraian pada 4 Ogos lalu.

Selain itu, mereka mempunyai seorang anak angkat bernama Baby Musa yang diambil pada Mac lalu.

Tonton klip penuh :

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.