Ramai Tersentuh lihat Keadaan Mizz Nina Sekarang

“Pertama kali tengok dia (Mizz Nina) nangis. Ya Allah hadiahkanlah dia syurga-Mu, amin.”

Itu antara komen pengguna TikTok menerusi hantaran video yang memaparkan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina gagal menahan sebak dan menyekat air mata dengan tisu.

Difahamkan, video itu dirakamkan ketika Mizz Nina dijemput menjadi tetamu pada persidangan Spiritual Summit 2022 anjuran Safinah Institute yang berlangsung pada 21 Ogos lalu.

Mizz Nina membuat perkongsian bertajuk ‘A Heart of Stone: The Case of a Hardened Heart and its Cure’.

Video menggunakan audio lagu Hijrah Cinta nyanyian asal Datuk Seri Rossa yang dinyanyikan semula Wany Hasrita itu meraih perhatian ramai hingga tular.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, netizen memberikan kata-kata semangat buat Mizz Nina.

Video yang dimuat naik itu sudah mencecah lebih 750,000 tontonan, lebih 79,000 tanda suka dan lebih 2,500 komen serta perkongsian semula.

Tonton klip penuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published.