“Rosyam suruh Saya Jumpa dia..knapa Nak kena Jumpa Kazar” Tldak Cukup Dgn Itu Ini Pesan Datuk Yusof Haslam

Ketiadaan pelakon, Kazar Saisi pada malam gala filem Abang Long Fadil 3 terbitan Skop Productions Sdn Bhd di sini, malam tadi, menimbulkan persoalan. Apatah lagi ketika ini, isu anaknya dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan pengarah, Syamsul Yusof, masih hangat diperkatakan. Penerbit filem Abang Long Fadil 3, Datuk Yusof Haslam, 68, berkata, pihaknya bersama rakan kerjasama untuk filem itu, Astro Shaw sudah menjemput semua pelakon terbabit. “Saya cakap terus terang, saya profesional, kita jemput. “Saya cakap saya profesional, begitu juga isteri saya cakap perkara sama. Astro ada buat jemputan, begitu juga Skop Productions.

Yusof yang ditemui selepas tayangan filem Abang Long Fadil 3 berkata, apa yang berlaku adalah membabitkan hal peribadi. “Saya kalau jumpa Kazar tak ada bermasam muka. Bagi saya itu hal anak dia. Datuk Rosyam ada cakap saya kena jumpa dia, saya tanya kenapa nak kena jumpa. Tak ada pasal, itu hal peribadi,” katanya.

Sementara itu, Kazar, 63, atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi berkata, filem itu lebih penting daripada dirinya. “Saya tak hadir agar media boleh tumpukan pada filem Abang Long Fadil 3. Filem itu lebih penting daripada saya,” katanya. Ditanya sama ada dia mendapat jemputan bagi menghadiri acara itu, Kazar berkata dia dijemput oleh pihak Astro Shaw.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Ira Kazar akan ditahan Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Menurut sumber Harian Metro, tindakan itu dibuat selepas Ira dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu pada 18 Ogos lalu. Ira Kazar disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenyah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Seksyen berkenaan berkaitan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Ia membabitkan mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan. Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Sumber Harian Metro.

Leave a Reply

Your email address will not be published.