DitinggaIlan Ayah Kandung Semasa Kecik, Reaksl Pemuda ini bila tahu Ayah Adalah Rkan àSekerja Biat Rmai Sebak

Kita sering dengar tentang kisah anak yang ditinggalkan oleh orang tua mereka sejak dari kecil lagi sehingga membesar tanpa kasih sayang yang sempurna.Lebih pedih lagi apabila sang anak mengetahui yang ibu atau bapa meninggalkan mereka dengan alasan mahu mengubah hidup namun memilih untuk tidak pulang-pulang ke rumah. Jumpa semula di Malaysia. Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pemuda Indonesia yang ditinggalkan oleh bapanya sejak kecil lagi.

Tetapi, siapa sangka takdir yang telah diaturkan oleh Tuhan sungguh indah apabila dia kembali bertemu bapanya yang lama menghilangkan diri di negara orang. Tak sangka bertemu di tempat kerja. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pemuda dikenali sebagai Sitorus Tubeni Silaen apabila memuat naik pertemuan penuh hiba dengan bapanya di Malaysia apabila lelaki itu rupanya bekerja satu tempat dengannya.Video tersebut memperlihatkan mereka saling berpelukan sambil menangis.

Sudah mulai akrab Walaupun pertemuan tersebut penuh dengan air mata dan dia mengakui sukar memahami perasaannya ketika itu, namun di video selanjutnya memperlihatkan hubungan mereka kian akrab. Pemuda itu dan warga emas terbabit dilihat sudah mulai bergurau dan berbual seperti biasa walaupun terlihat ada rasa malu apabila wajahnya dirakam. Masa lalu biarlah berlalu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa terharu dengan pertemuan dua beranak ini setelah sekian lama terpisah.

Ada juga yang menasihati supaya menerima takdir dan berlapang dada walaupun warga emas itu pernah melakukan kesilapan dengan meninggalkan pemuda terbabit sewaktu kecil. Masa lalu biarlah berlalu Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa terharu dengan pertemuan dua beranak ini setelah sekian lama terpisah. Ada juga yang menasihati supaya menerima takdir dan berlapang dada walaupun warga emas itu pernah melakukan kesilapan dengan meninggalkan pemuda terbabit sewaktu kecil. Sumber ohmymedia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.