“Bila kita pegang tangan Dia..” Hari ini Pakar Bed4h Plastik B0ngkar Sesuatu Di depan Haklm Buat Rmai Trsentuh

Kuala Lumpur: Pakar Bedah Plastik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, bahawa kesan melecvr di bahagian tangan remaja Sindrom Down dikenali Bella kemungkinan besar disebabkan oleh air panas. Dr Salmi Mohamed Shukur, 46, berkata ia berdasarkan laporan diberikan oleh pegawai perubatan, Dr Sheshadri Sridar yang merawat remaja terbabit ketika dibawa ke HKL pada 26 Jun 2021.

Saksi pendakwaan ke-15 itu berkata, susulan laporan itu beliau berjumpa pesaklt ditempatkan di Wad 15 kira-kira jam 11 pagi pada hari sama untuk pemeriksaan lanjut. “Mengenai kedalaman kelecuran pula, disebabkan dia (Bella) datang (ke hospital) dengan keruping dan saya lihat tisu merah dah naik, jadi berdasarkan pengalaman kedalaman kelecuran itu dua darjah.

“Bukan sekadar tengok saiz luka dan kedalaman luka kelecuran, kita juga kena tahu punca kelecuran dan tempoh masa kejadian. Saya difahamkan kemungkinan disebabkan air panas. Apabila saya tanya Bella dia tidak bercerita apa yang berlaku dan saya tak nak paksa dia,” katanya. Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad mengenai keadaan Bella semasa menerima rawatan, Dr Salmi berkata, Bella menangis dan tidak gembira.

Katanya, beliau dibantu pegawai perubatan terpaksa memegang Bella bagi mengelak dia meronta. “Semasa dirawat kita (pegawai perubatan) terpaksa memegang tangan Bella. Dia menangis bila kita pegang tangan… Dia (Bella) tidak happy (gembira) mungkin saklt sebab itu Bella menangis,” katanya. Beliau turut mendakwa melihat terdapat beberapa parut luka matang yang sembuh sekitar badan dan tangan remaja itu.

Katanya, luka di tangan kanan remaja itu mengambil masa sebulan untuk sembuh manakala luka di tangan kiri pula mengambil masa enam minggu. Ketika pemeriksaan utama oleh Nor Azizah mengenai fizikal remaja itu ketika dirawat, saksi itu mengatakan Bella nampak kecil dengan berat badan 35 kilogram, namun tidak sehingga menampakkan tulang rusuk atau mata cengkung. Dalam prosiding sama, Dr Salmi turut membuat pengecaman terhadap Bella di mahkamah.

Ditanya keadaan Bella yang terbaru hasil pemerhatiannya itu, beliau berkata, tangan kanan ada parut yang sudah matang manakala tangan kiri pula parut masih merah dan tebal. “Parut itu masih memerlukan rawatan. Daripada segi penjagaan, ia bagus setakat ini,” katanya. Sumber HarianMetro. Tonton Klip penuh:

Leave a Reply

Your email address will not be published.