“Nampak Dia Tkut bila..” Tldak Sangka Iofa Boleh Cakap Macam ni Dekat Ramai Orang

Pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa mendapat perhatian netizen yang kelihatan sangat manja dengan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz. Menerusi perkongsian @SophieNadia di TikTok, Neelofa sedang berbincang dengan Usrah Nunha secara dekat semasa majlis pertemuan bersama ‘reseller’ produk inai Nunha. Ketika bekas pengacara Nona ini sedang berkongsi cerita, kelihatan PU Riz ingin ke tempat lain dan meninggalkannya sendirian.

“Jangan tinggalkan,” kata Neelofa kepada suaminya. Menjengah diruangan komen, rata-rata netizen puji sifat Neelofa yang manja dan sayang dengan suami sehingga tidak mahu berjauhan. “Wah sweetnya. “Memang Nampak Lofa sayang sangat ke suami dia kan. “Memang Neelofa sangat selesa bila ada suami di sisinya. Bagus dia nampak sangat menghormati suami,” komen netizen. sumber xtra


Dikurniakan seorang isteri memiliki pekerti indah merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Itulah luahan usahawan dan pendakwah bebas, Haris Ismail, 28, yang bersyukur kerana diberikan rezeki untuk mengahwini seorang isteri iaitu selebriti terkenal, Neelofa yang disifatkan sebagai wanita baik hati. Perkongsian tersebut sempena ulang tahun perkahwinan pertama pasangan popular berkenaan pada hari ini.

“Alhamdulillah syukur ya Allah. Dikurniakan seorang isteri yang baik hatinya. “Banyak lagi yang hendak ditulis tetapi tidak mengapa, saya titipkan dalam doaku,” katanya dalam satu hantaran Instagram hari ini. Dalam pada itu, bekas peserta program Pencetus Ummah berkenaan hanya berharap agar mahligai indah yang dibina bersama bekas pengacara MeleTOP tersebut. “Tidak ada perkara lain yang diharapkan melainkan perkahwinan ini diredai-Nya.

“Sekali lagi, Alhamdulillah ya Allah,” kata pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu lagi. Sementara, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, turut berdoa agar rumah tangga yang terbina sentiasa diberkati oleh Allah. “Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selama-lamanya.“Selamat ulang tahun perkahwinan suamiku,” katanya.– KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.