Pcaya Smpai Bagi Kad ATM, Simpanan 6Tahun Dikebas Teman Wanita Nikah dgn Org lain, Tlndakan Lelaki Jadi Perhatian

Kadang-kadang bila tengah hangat bercinta situasi apa pun terasa indah. Orang kata bila sedang kemaruk di alam percintaan ada yang sukar untuk menilai baik buruk dan logik dek akal. Siapa yang pernah dilamun cinta mungkin faham situasi seperti begini. Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman seorang lelaki menangis hingga pengsan telah menjadi perhatian ramai di sosial media. Menerusi laporan Tribunnews.

Lelaki itu ditinggalkan oleh kekasihnya yang mana hubungan mereka sudah pun memasuki tahun ke tujuh. Dalam pada itu, pemuda tersebut turut memberikan kepercayaan kepada kekasihnya untuk memegang kad ATM miliknya. Menurut pemuda itu, dalam akaun bank tersebut ada wang simpanannya selama 6 tahun. Dek kerana terlalu kecewa mendengarkan berita teman wanitanya bakal bernikah dengan lelaki lain, pemuda ini menangis sehingga pengsan.

Dalam rakaman tersebut jelas kelihatan riak sedih pada wajahnya dan dia tertunduk lesu. Turut kelihatan beberapa ahli keluarga lelaki menangis hingga pengsan tersebut menenangkannya. Apa yang lebih meruntun hati apabila pemuda ini terlihat menangkupkan mukanya ke serumpun tumbuhan di luar rumahnya kerana terlalu sedih. Disebabkan video tersebut tular, beberapa komen dari warganet ada yang meluahkan tidak puas hati.

Tonton klip penuh

Kerana wanita berkenaan sanggup tinggalkan teman lelakinya biarpun sudah menjalinkan hubungan setelah 7 tahun. Selain dari itu ada juga yang titipkan kata semangat kepada pemuda berkenaan. Sumber Hiburan cerita lawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.