“Aku pun sudah single..” Akhirnya ini Iuahkan Penyanyi Noh Salleh

Muncul di konsert 3 Generasi di Zepp KL bersama kumpulan Spider dan XPDC baru-baru ini, penyanyi Noh Salleh mengakui terharu peminat masih menyokong kerjaya seninya. Memetik Kosmo, ketika persembahannya Noh sempat memberitahu konserta itu merupakan pengubat dukanya selepas berdepan pelbagai kontroversi baru-baru ini. Noh juga turut berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memberikan peluang kepadanya untuk mempersembahkan karyanya kepada umum.

“Saya berbangga dapat buat persembahan di atas satu pentas dengan Spider dan XPDC serta berpeluang menunjukkan karya-karya seni Noh Salleh. “Selain itu, tahun ini macam-macam hal yang berlaku dan konsert ini juga boleh dikatakan sebagai pengubat rasa duka sebenarnya,” katanya. Ketika persembahan, Noh turut menerima jeritan daripada peminat wanitanya yang mengatakan ‘I Love You’.

Sementara itu, menerusi acara sama, kumpulan Spider dan XPDC mengubat rasa rindu peminat yang lama menanti untuk menyaksikan persembahan mereka dalam sebuah konsert sebegitu. Antara lagu popular yang dipersembahkan Spider ialah Mungkinkah Terjadi, Mabuk dan Kelawar Vampira. Manakala, XPDC pula menyampaikan lagu C.I.N.T.A, Selendang Merdeka dan Semangat Yang Hilang.

Tidak membalas, namun japawan diberikan menjadi perhatian ramai. “Eh, aku pun sudah single (solo),” selorohnya. Terdahulu, penyanyi Noh Hujan dan Mizz Nina mengumumkan perceraian mereka pada Ogos lalu dan kini masing-masing membawa haluan sendiri. Baru-baru ini, nama Noh pada tahun ini memanas selepas tular videonya menghembus asap vape ketika ditemu bual media berhubung isu rumah tangga yang dikatakan sedang bergolak.

Tidak sebulan kemudian, dia turut mengesahkan perceraiannya dengan penyanyi Mizz Nina pada 4 Ogos lalu. Namanya kembali tular apabila muncul memperagakan koleksi pakaian jenama tempatan pada minggu fesyen baru-baru ini dengan memegang sebatang rokok. Sumber Rotikaya dan KOSMO.

Leave a Reply

Your email address will not be published.