“Ainul sekarang bersama kami..” Ibu k0ngsi perkembangan Slepas Kluar H0spitaI

Selepas melewati waktu-waktu yang agak tegang beberapa minggu lalu, ibu dan bapa kepada adik Ainul Mardhiah yang pernah menghidap ketumbuhan di mulut ketika baru lahir kini telah menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga. Ainul kini sudahpun dibenarkan keluar dari hospital dan dilihat sudah mulai sihat setelah dimaklumkan mengalami sawan beberapa kali sehingga terpaksa ditidurkan sebelum ini.

Sudah kembali aktif. Menerusi perkongsian terbaru ibunya, Nurul Erwani di Insta Story, dapat dilihat yang Ainul sudah kembali aktif dan bermain bersama adiknya di rumah. Keluar hospital Jumaat lalu. Menerusi perkongsian daripada Kosmo! bapa kepada Ainul, Ahmad Safiuddin memaklumkan yang anaknya telah dibenarkan keluar dari hospital pada Jumaat lalu setelah 3 minggu berada di dalam wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

“Alhamdulillah Ainul sekarang dah bersama kami di rumah, doktor benarkan keluarkan hospital pada Jumaat lalu. “Keadaan Ainul juga semakin stabil dan sihat,” katanya. Masih perlu dapatkan rawatan susulan Walau bagaimanapun, dia menyatakan yang anak sulungnya masih lagi dalam pemerhatian doktor dan perlu mendapatkan rawatan susulan sekali seminggu sehingga doktor berpuas hati dengan tahap kesihatannya.

Terdahulu, Ainul Mardhiah telah mengalami jangkitan kuman dan sawan pernah berada di situasi kritikal sewaktu ditempatkan di dalam PICU. Bapa dan ibunya telah berkongsi berita tentang kesihatan anaknya di media sosial dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan Ainul. Semoga adik Ainul terus sihat dan kuat melawan penyakit agar membesar dengan baik. sumber ohmymedia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.