“Saya tk pandai cover..Pakai kebaya pun orang dh cop…” Kak KM ‘Sekolahkan’ Netlzen

Apabila sebut sahaja nama usahawan Kak KM, pasti ramai yang akan teringat akan video-video promosi produknya yang agak daring. Sungguhpun kerap dikcam oleh orang sekeliling, terutama netizen, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli dilihat masih kekal teguh dalam berbisnes. Ketika berpeluang bertemu dengannya pada majlis pelancaran Suke Go Bersama Gokingkong di ibu pejabat Suke TV semalam.

Kak KM berkata, dia memang tidak menghiraukan cakap-cakap orang terhadap dirinya. Ujar Kak KM, dia tahu apa yang dilakukan dan setiap video promosi yang dibuat adalah selari dengan produk-produk jualannya. “Saya memang tak kisah apa orang nak kata sebab bukan saya b0geI (ketika merakamkan video promosi produk). Kalau nak kata Iucah ke apa, kita nnennang jual barang untuk dalaman perempuan.

Kalau saya pakai kebaya pun orang dah cop saya Ivcah. “Terpulang pada mereka. Tapi mungkin juga cara saya sampaikan sesuatu itu terlampau straight to the point. Saya tak pandai cover cover. Takut orang tak faham pula. Senang kata saya tak kisah dan tak peduli pun apa orang nak cakap,” katanya kepada Gempak. Dalam pada itu, mengulas mengenai video tepuk punggung.

Bersama artis Ifa Raziah dan pengusaha kosmetik Cheta Potpet beberapa bulan lalu, Kak KM berkata yang idea untuk merakamkan video itu datang secara spontan. “Kalau Kak Ifa dan Cheta Potpet saya tak tahu cara mereka untuk promosi produk masing-masing. “Tiba-tiba idea datang jadi kita terus buat yang tepuk punggung tu. Memang tiada skrip. Kalau mereka ikut alhamdulillah, mungkin produk terus laku. baguslah begitu,” katanya. Sumber Gempak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.