Bangga Tayang Dapat Sekampit Kacang, Bekas Pramugara Zarul Tampil Bersuara

PERKONGSIAN pempengaruh media sosial, Azfar Heri yang menerima satu beg plastik berisi ‘salted peanuts’ ketika menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mengundang pelbagai reaksi pengikutnya. Ramai mempersoalkan bagaimana Azfar boleh mendapatkan makanan ringan popular syarikat penerbangan itu dalam kuantiti yang banyak.
Menurut Azfar atau Azfar Herisyam, 24, selepas bangun daripada tidur.

Dia terkejut melihat bungkusan kacang berkenaan di hadapannya sebelum bertanya kepada pramugari mengenainya. “Tadi dalam penerbangan pulang ke Malaysia, kita tidur, lepas to bangun-bangun tiba-tiba ada kacang banyak depan mata. Terkejut kita lalu tanya pramugari. “Rupa-rupanya dia bagi, ambik kau satu beg ya! Terima kasih pramugari MAS yang cantik,” tulisnya di Twitter.

Menjelaskan mengenai perkara itu, bekas pramugara MAS yang juga penyanyi Zarul Umbrella menjelaskan penumpang tidak sepatutnya diberikan sebungkus besar kacang berkenaan. Mengikut prosedur operasi standard (SOP), Zarul berkata, setiap penumpang hanya perlu diberikan sebungkus atau maksimum tiga ke lima pek mengikut permintaan. “Pada pendapat saya, isu ini adalah sesuatu yang mengecewakan.

“Sebenarnya kacang itu jika ikut SOP hanya perlu diberikan satu pek bagi setiap penumpang. Kalau ada yang minta, mungkin boleh beri dua atau tiga pek, paling banyak pun lima. “Kalau ada penumpang minta nak bawa pulang, bolehlah kita bagi satu pek kecil itu dalam 10 paket, itu pun kalau ada lebihan,” katanya menerusi TikTok. Zarul berpendapat. “Kalau nak bagi, diam-diamlah,” jelasnya yang pernah berkhidmat dengan Malaysia Airlines selama 17 tahun.

Pramugari yang memberikan bungkusan besar kacang berkenaan mungkin telah menasihati Azfar untuk merahsiakan pemberian itu kerana ia berkaitan dengan SOP. Kemungkinan lain katanya, selebriti media sosial itu juga mungkin tidak tahu akan SOP ditetapkan dan memuat naik foto berkenaan kerana teruja menerima snek tersebut dalam jumlah yang banyak. “Cuma di pihak kabin kru itu, ada buat kesilapan kerana kita tidak sepatutnya memberi dalam jumlah yang banyak kepada penumpang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.