‘Satu bebanan buat saya,’ Man Raja Lawak serik kerjasama dengan Tauke

PELAWAK Man Raja Lawak berkata dia enggan lagi bergandingan dengan Tauke Jambu dalam mana-mana program lawak selepas ini. Kata Man, dia serik bekerjasama dengan Tauke selepas mereka disatukan dalam program Maharaja Lawak Mega pada tahun 2018. “Tauke ni kalau bekerja memang bagus, idea bagus, komitmen pun bagus cuma yang kurangnya selalu buat kawan menunggu lama.

“Kalau masa pertandingan memang kena fikir sebab banyak masa terluang lain yang boleh dilakukan, tapi sekiranya perlu menunggu masa… itu satu bebanan buat saya,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Man berkata hubungannya bersama Tauke masih berjalan baik dan bukanlah seperti diperkatakan oleh segelintir pihak kononnya mereka tidak bertegur sapa.

“Saya dengan Tauke okay saja, selalu mesej cuma kalau untuk melepak sekali memang agak sukar sebab faktor masa kurang sesuai… kalau bukan bab kerja kami memang okay,” jelasnya. Untuk rekod Man dan Tauke pernah menyertai program Maharaja Lawak Mega 2018 membentuk kumpulan Taman. Dalam Maharaja Lawak Mega 2019. Man bersama kumpulan Puteh dan untuk Muzikal Lawak Superstar musim ketiga Man membentuk kumpulan OOD bersama Zahid dan Chiwan.

PASANGAN Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Man menasihati orang ramai agar tidak menulis komen negatif di media sosial Tauke. Kata Man, sebagai rakan sepasukan, dia memahami situasi yang berlaku dalam kehidupan peribadi Tauke dan mahu memberikan sepenuh fokus kepada MLM2018. TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN. Sumber Mstar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.