Baru Je Ustazah Asma Harun Dikcam Sebab Jumpa Ifa Raziah, Skali Ustazah Dedahkan perkara sebenar

Baru-baru ini perkongsian penyanyi sensasi, Ifa Raziah menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa sebak dan terharu berpeluang untuk bertemu dengan pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun. Menerusi video dikongsikan, Ifa terkejut dan menangis apabila menerima kunjungan daripada Ustazah Asma di sebuah bilik. Menurut Ifa, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu dengan pendakwah itu dan tidak sangka rezekinya dapat bertemu di satu majlis baru-baru ini.

Kata Ifa lagi, dia tiada masalah jika ada yang mahu menegurnya lebih-lebih lagi untuk kebaikan “Saya nak sangat jumpa ustazah depan-depan, tapi tak ada sesiapa pun yang nak bawa saya. Selepas itu saya terfikir, eh ada Anugerah Nona Superwoman, masa ini lah peluang saya untuk berjumpa dengan ustazah. “Saya juga pernah minta untuk buat photoshoot bersama ustazah semata-mata tak sabar nak jumpa.

Sebenarnya siapa tegur saya okay je sebenarnya, itu adalah kebaikan sebab kita nak masuk syurga kan? Kalau betul salah, saya minta maaf,” katanya. Perkongsian Ifa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat pertemuan penyanyi itu serta Ustazah Asma serta mendoakan yang baik-baik sahaja.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

Di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa sebak menonton pertemuan Ifa dan Ustazah Asma, malah ada yang menitipkan doa agar pengacara yang juga usahawan ini dipermudahkan segala urusan. “Jarang like dan komen post kak Ifa. Tapi post ni buat saya hiba dan sebak. Semoga semuanya baik-baik untuk kak Ifa. Allah sayang kak Ifa.”

“Alhamdulillah sis. Harap apa yang benda-benda baik ustazah nasihat kita ambik untuk panduan. Success selalu sis ifa.” “Alhamdulillah sebak tengok ni. Saat kita bertemu dengan ilmuan ni kita rasa sebak sangat-sangat kan. Moga Ifa Raziah sukses selalu dan kesihatan yang baik.” Sumber Rotikaya dan utube Durian merah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.