“So telan air Iuir jelah..En Suami Tk izinkan” Nora Ariffin redha atas keputusan Suami

Memiliki tubuh badan kurus dan ideal merupakan idaman semua orang terutamanya golongan wanita. Hal ini kerana, mereka berpendapat dengan memiliki bentuk tubuh badan yang ideal akan membuatkan mereka lebih berkeyakinan. Datuk Nora Ariffin menerusi satu hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya meluahkan rasa gembira apabila melihat perubahan positif yang ditunjukkan oleh rakan artis selepas membuat pembed.ahan p0tong usus.

Wah bestnya tengok ramai rakan-rakan artis makin cantik dan selim melim lepas pembedahan bariatrik. Tambah Datuk Nora, dia sebenarnya mempunyai hasrat yang sama iaitu untuk membuat pembedahan bariatrik tetapi tidak mendapat keizinan suami tercinta. Menurut Datuk Nora lagi, dia juga mendapat tajaan melakukan pembedahan tersebut secara percuma namun akur dengan keputusan suami.

Saya pun dah dapat orang yang nak sponser tapi encik suami tidak izinkan. Kena taat. So telan air liur jelah. Terdahulu, Nora telah mendirikan rumah tangga bersama Johan pada 1992 dan telah dikurniakan empat orang anak. Namun, pada 24 Mac 2017, Johan telah meninggal dunia pada usia 52 tahun kerana ser4ngan j4ntung. Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 48, mengesahkan sah bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan,Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55, baru-baru ini.

Berkongsi berita gembiral, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, namun, tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya itu. “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani. Sempena malam Jumaat yang juga ‘sayyidul ayyam’, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bertemu jodoh dengan hamba Allah yang juga sahabat baik arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi dari kecil lagi. Sumber Ohbulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.