“Saya berpegang..wajib se0rang lsIam Jga Alb” Azhar Sulaiman Moh0nMaaf

Sebelum ini, pelakon veteran, Azhar Sulaiman yang melontarkan pendapat peribadinya mengenai isu pelakon remaja, Puteri Balqis yang pernah mengalami gangguan oleh bapa kandungnya sewaktu kecil ternyata meraih perhatian ramai. Mana tidaknya, Azhar menyifatkan pendedahan tersebut adalah satu aib keluarga dan tidak wajar disebarkan kepada umum menerusi media sosial.

Namun begitu, pelakon yang berusia 51 tahun itu teruk dikecam netizen kerana menganggap pelakon tersebut lebih memilih aib keluarga daripada mendengar pendedahan jenayah yang dilakukan oleh darah daging sendiri. Susulan itu, menerusi perkongsiannya di laman Instagramnya, Azhar tampil mem0hon maaf mengenai perkara tersebut sejak ia mula menjadi bualan dalam kalangan netizen.

Dalam perkongsian tersebut, dia tetap berpegang teguh dengan pendiriannya dimana wajib bagi seorang islam untuk menjaga aibnya sendiri dan juga orang lain. Bukan itu sahaja, Azhar berpendapat masalah yang dihadapi dengan keluarga perlu diselesaikan dengan cara yang betul dan tidak perlu berkongsi rahsia antara ahli keluarga secara terbuka di laman sosial. Bagaimanapun, pelakon kelahiran Pahang itu memohon maaf.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Atas kesilapannya dan meluahkan rasa sayang kepada Balqis. Malah, dia mendoakan agar segala urusan pelakon remaja itu dipermudahkan. Pelakon yang turut mempunyai anak remaja itu selain memberikan reaksi tersendiri. Terdahulu selain sesi temu bual tersebut yang mencetuskan pelbagai reaksi, penampilan Puteri Balqis yang didakwa tidak sesuai dengan usia awal remajanya turut menjadi perhatian sebelum ini di kalangan wargamaya.

“Salam semua… Semalam Mami disuruh dengar pasal interview ni. ”Lepas dengar few minutes Mami asked my friend to stop it. Dalam kepala Mami terus terfikir… 1-Nothing good will come out from this interview. 2-Takde sapa sapa nasihat dia dulu ke sebelum buat ni? 3-Mak dia ok about this? 4-Reporter pun parut rasa ada tanggungjawab bila tanya ni sebab ada implikasi lepas rahsia terbongkar. 5-Sometimes ada rahsia yang kita simpan sampai mati sebab kerja kita as celebrity. 6-Aib keluarga dan kita perlu kita jaga.” sumber oh my media.

Leave a Reply

Your email address will not be published.