“Saya Prcaya dia Tnpa Periksa..Saya akan berhenti buat video..” KhairulAming

Baru-baru ini tular di media sosial selepas pengguna Twitter meluahkan rasa tak puas hatinya selepas mendakwa menerima layanan buruk dari pengurus peribadi influencer terkenal, Khairul Aming. Tak cepat melatah dengan isu yang menimpa dirinya, Khairul Aming sendiri memuat naik bebenang di Twitter miliknya mengenai jalan penyelesaian yang dibuat.

Dari isu yang berlaku semalam, ini cara saya baiki kesilapan. Saya telah memadamkan semua maklumat mengenai pengurus dari media sosial.
KA sendiri akan urus semua. Tambahnya lagi di bebenang yang sama, dia akan mengambil alih urusan pengurusan buat sementara waktu sehingga ada penempatan pengurus yang baharu. Malah, dia juga memaklumkan bahawa akan berhenti menghasilkan video untuk klien untuk memberi fokus kepada minatnya dalam memasak.

Untuk masa terdekat ni, saya akan berhenti buat video untuk klien termasuk produk makanan, restoran dan juga seminar. ‘Saya percaya dia tanpa periksa kualiti’. Khairul Aming juga menjelaskan bahawa dia mempercayai pengurus peribadinya mampu untuk mengurus semua urusannya kerana pangkat sebagai kawan tanpa memeriksa kualiti sebagai pekerja terlebih dahulu.

Dia turut meminta maaf atas apa yang berlaku dan akan mengambil kira pesanan dari orang ramai untuk memperbaiki kualiti kerja dan juga perniagaannya. Individu berkenaan yang merupakan pemilik Twitter _NazriH, mendakwa, PA Khairul Aming bermulut ‘puaka’ dan kekwat sewaktu dihubungi untuk berurusan dengan usahawan Sambal Nyet tersebut. Dalam perkongsiannya, dia berkata sudah ramai yang berhadapan dengan situasi sama sepertinya apabila dilayan buruk oleh pembantu Khairul Aming.

Individu berkenaan itu turut membandingkan sikap pengurus penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang jauh lebih elok berbanding dengan PA tersebut. “Ramai juga rupanya berhadapan dengan PA Kekwat kepada influencer Hey Whats Up Guys ni. Dari fans dia, terus aku unfollow semua account dia sebab mulut puaka PA dia. Sumber ohbulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.