“Rindu nak macam dulu” ShukSahar Akhirnya MeIuahkan Sesuatu Semasa Mengerjakan umrah

Nama ShukSahar rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Kontroversi yang terpalit beberapa tahun kebelakangan ini telah meranapkan kerjaya seninya yang sebelum ini berada di puncak. Walaupun krisis rumah tangganya masih lagi belum ada kata putus, namun dia seakan kembali bangkit apabila aktif semula di media sosial. Mohon doa umrah dipermudahkan. Dia juga turut sibuk menguruskan perniagaannya disamping hadir di beberapa podcast serta konten-konten di media sosial yang lain.

Beberapa hari lepas, Shuk ada berkongsi gambar bersama rombongan jemaah umrah di lapangan terbang yang akan berleoas menuju ke beberapa negara timur tengah dan mungkin akan ke kota Mekah merujuk kepada kapsyen yang disertakan. Dalam gambar yang disertakan pelawak berasal dari Penang ini, dia sempat memohon doa supaya perjalanan umrah mereka dipermudahkan.

Dia juga turut berkongsi gambar pas ‘jemaah undangan’ yang diberikan travel agency kepadanya dan akan dipakai sepanjang perjalanan tersebut. Menjengah ke muat naik Insta Story miliknya, dia dan rombongan dilihat sedang berada di Istanbul dan melawati tempat-tempat bersejarah yang sememangnya menjadi daya tarik di sana. Rindu nak macam dulu. Shukri telah berkongsi satu posting luahan rasa tentang kerjaya seninya yang pernah menjadi pendapatan utama sebelum ini.

“Ada orang tanya Shuk tak rindu ke nak melawak lagi? Shuk tak rindu ke nak hosting lagi? Shuk tak rindu ke nak buat comeback?. Sumpah aku rindu…rindu nak melawak rindu nak hosting rindu nak bercakap dengan kengkawan dalam radio…” tulisnya. Bangkit bro. Muat naik tersebut telah mendapat respon daripada kenalannya dan juga warganet yang pernah menonton Shuk di kaca televisyen serta mendengar celotehnya ketika dia masih keudara di radio. Sumber oh my media.

Leave a Reply

Your email address will not be published.