Isteri2 Ashraf Muslim Buat kejvtan Sambut Hari lahir buat suami, Menarik perhatian PESANAN yang Tertulis di kek

Satu hantaran dimuat naik oleh pelakon, Ashraf Muslim mengenai sambutan ulang tahun kelahirannya menarik perhatian pengikutnya di laman Instagram. Menerusi hantaran tersebut, Ashraf tidak menyangka menerima kejutan daripada dua isterinya Noor Dayana dan Wan Sakinah ketika berkelah di sebuah lokasi air terjun. Pelakon berusia 41 tahun itu berkata, pada mulanya dia hanya menyangka bagi melakukan sesi bersantai dengan anak-anak sempena cuti persekolahan.

“Happy birthday to me! Cerita semalam plan pergi berkelah jer. Gigihlah pagi-pagi semua orangg bangun nak pergi berkelah. “Ingatkan sebab nak bawak anak-anak pergi mandi manda yerlah kan cuti sekolah,” tulisnya hari ini. Bercerita lanjut, Ashraf kemudian baru terfikir akan nasibnya yang mengangkut pelbagai barang untuk ‘memanjat’ ke lokasi sebelum menyedari tentang tujuan kedua-dua isterinya.

“Angkatlah barang2 semua gigih naik tangga. Duduk cakap dalam hati apa yang beriya sangat sampai macam2 barang dibawaknya. “Haa.. sampai je kat atas setup2 tempat makan dan terkejut bila mama ibu (panggilan kedua-dua isteri) setupkan semua ni untuk saya,” katanya. Dalam masa sama, pelakon drama Dia Menantu Rahsia itu mengucapkan terima kasih kepada isteri-isterinya kerana menjayakan kejutan itu dan mendoakan yang baik-baik buat mereka.

“Terima kasih mama ibu kerana meraikan birthday saya ke 41 ni. Dah tua dah. Huhuhu. saya doakan semoga mama ibu sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dunia dan akhirat. “Maafkan ayah salah silap selama ini. Jika ayah pergi dulu jagalah anak-anak dengan baik. I love you all,” ujarnya lagi. Pada kejutan itu, dia menerima sebiji kek dengan kata-kata bertulis ‘Happy birthday ayah! Semoga panjang umur dan murah rezeki.

http://

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

Jaga hati ok! We love you AYAH!’. Menjengah di ruangan komen, ramai rakan artis dan netizen meninggalkan ucapan hari jadi selain mendoakan Ashraf dipanjangkan usia serta bahagia menjalani kehidupan bersama keluarga. Selamat hari lahir buat Ashraf Muslim. Sumber Oh my media.

Leave a Reply

Your email address will not be published.