“Ramai Lagi Boleh buat” Netlzen mula ‘MeIuat’ Tengok Hairul Azreen

Tahun ini menyaksikan tema ‘perjuangan’ diangkat menjadi pilihan pengarah. Selain Mat Kilau, filem Juang dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa juga masih rancak ditayangkan di pawagam. Tidak cukup dengan itu, sebuah lagi filem berjudul Malbatt: Misi Bakara juga dijangka akan menemui penonton pada sambutan Hari Kebangsaan tahun depan. Bagaimanapun, filem arahan Adrian Teh itu kurang disenangi.

Segelintir warganet apabila pelakon Hairul Azreen turut melakonkan watak sebagai salah seorang anggota tentera. Isu bermula selepas pengulas filem, Zhafvlog memuat naik satu ciapan di laman Twitter berhubung filem yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM20 juta itu. Menerusi ruangan komen, ramai mempersoalkan mengapa Hairul sering dipilih bagi menjayakan filem berkonsepkan badan beruniform sedangkan ada lagi pelakon hebat lain.

Rata-rata berkata, mereka bukan cembvru sebaliknya meluahkan rasa bosan apabila menonton lakonan Hairul yang sudah sinonim dengan filem aksi. “Filem bagus tapi pelakon hairul azreen terus aku rs mcm filem ni ko pikirla sendiri. Cari pelakon lain la bodo”. “Kat Malaysia ni ada sorang pelakon aje ke g bernama Hairul Azreen? Bukan dengkl. Sekali dua kali ok lar. Ni asyik dia aje bila mai jalan cerita mcm ni. Borlng.”

Namun begitu, segelintir warganet menyatakan minat untuk menonton filem berdasarkan kisah benar itu kerana menampilkan bintang hebat Bront Palare. “Nak tonton sebab Bront”. “Kenapa semua cerita cerita mem ni ada Hairul Azreen”. “tk tahu apa salah dia. tapi kalau ada muka atau nama kat poster terus macam skip je la cerita tu. Tak rasa nak tgk”. Terdahulu, Hairul pernah membawa watak dalam filem Qhaliq, PASKAL, Operasi X, Polis Evo 2 dan Abang Long Fadil 3.

Selain Hairul, Bront dan Remy, Malbatt: Misi Bakara turut menampilkan Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Dafi Ismail Sabri dan ramai lagi. Filem berkenaan mengisahkan tentang operasi dalam membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di dalam perang saudara di Somalia. Sumber oh my media.

Leave a Reply

Your email address will not be published.