“Sebenarnya banyak HIKMAHnya yang NETlZEN tidak tahu” lfa Raziah Akhirnya DEDAH SESUATU

Terdahulu, guru vokal dikenali sebagai Shaffiq memberi reaksi terhadap salah satu persembahan Ifa Raziah dalam program realiti `Terpaling Juara’. Ketika itu, ujarnya nyanyian tersebut agak sumbang selain terganggu disebabkan menangis di atas pentas. Kenyataan itu sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dan dibidas oleh penyanyi berusia 47 tahun tersebut. “Tujuannya untuk mendidik. jadi saya pilih peserta yang buat kesalahan supaya boleh diberi teguran”

Memetik portal mStar sebelum ini, tujuan Shaffiq lakukan video reaksi tersebut bukanlah untuk memperlekeh bakat mana-mana artis. Sebaliknya, dia hanya mahu mendidik orang awam tentang cara nyanyian yang betul. Namun ambil maklum atau tidak mengenai teguran itu, is terpulang kepada selebriti seperti Ifa Raziah sendiri. “Sejujurnya, mula-mula saya tidak mahu memberi komen nyanyian Ifa Raziah kerana sudah mengenali perwatakannya macam mana”.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ~apitoria~ (@shaffiqerwin)

“Walaupun mungkin memberikan komen yang baik, saya bimbang sekiranya ada pihak yang memutar belitkan komen saya”. “Namun, saya memikirkan kembali tujuan utama adalah untuk mendidik orang ramai. Jadi, saya memilih peserta yang membuat kesalahan nyanyian supaya boleh diberi teguran.
“Sekiranya penyanyi tersebut ingin mengambil perhatian setiap teguran yang dibuat, terpulang kepada mereka. Itu sahaja tujuan saya,”

Di sebalik kontroversi yang dicetuskan, dapat belajar vokal dan jadi semakin akrab. Menerusi perkongsian terbaru di Instagramnya, Ifa Raziah memaklumkan bahawa sebenarnya mereka berdua semakin akrab sejak kontroversi yang berlaku. Bukan setakat semakin mengenali hati budi masing-masing, malah dia juga sempat menghadiri sesi kelas vokal Shaffiq untuk persediaan minggu ke-4 pentas `Terpaling Juara’.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

Ifa Raziah ada datang jumpa saya…juri-juri pun nampak ada perubahan kali ini. Perkara itu turut disahkan oleh Shaffiq sendiri, bahawa Ifa Raziah memang hadir terguru’ dengannya untuk mantapkan persembahan lagu yang pernah dipopularkan oleh Naim Daniel tersebut. Meskipun tersingkir, namun dia amat berpuas hati sekurang-kurangnya pihak juri juga nampak perubahan positif terhadap penyanyi dangdut tersebut. Sumber kisah dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.