KeIam kabut ada rombongan merisik datang, Tnpa pelamin dan gadis tak makeup, Keluarga Gadis ini Dipuji tetap sambut rombongan dgn adab

MAJLIS merisik yang kelihatan ringkas dan santai dalam sebuah video tular menimbulkan pelbagai reaksi warganet. Malah, gadis yang dirisik juga tidak mengenakan busana cantik atau solekan tebal seperti dilakukan kebanyakan wanita sebelum menerima kunjungan rombongan. Nur Farah Wahila Eddie, 20, menjelaskan dia sebenarnya dimaklumkan mengenai rombongan merisik oleh pihak keluarga lelaki pada saat-saat akhir.

Faraa berkata majlis merisik yang dibuat secara ringkas itu berlangsung pada 28 Ogos Talu. “Saya memang tak tahu, dalam diam belah lelaki ada rancang nak merisik. Masa tengah kerja, mama telefon beritahu keluarga belah lelaki nak datang merisik. “Famili minta apply cuti lebih awal sebab saya kerja kilang makanan tapi syif malam saja. Bila keluarga sendiri bersungguh suruh cuti, nampaklah bahawa mereka dah berpakat cuma saya je baru tahu.

“Jadi saya apply cuti sehari sebelum majlis untuk rehat dekat rumah di Bahau, Negeri Sembilan. Sehari sebelum majlis, pakwe bawa saya cari cincin dekat kedai emas. Saya suruh pakwe ukur jari saja dan pergi beli sebab nak rasa special tengok cincin tu masa disarungkan bakal mak mentua,” katanya lagi. Tiada sebarang pelamin atau hiasan, rombongan merisik tiba jam 3 petang. Sebelum majlis bermula.

Ibu Faraa menyediakan hidangan makan petang seperti mi kari, cendawan goreng dan kuih muih bagi meraikan tetamu yang hadir. walau hanya majlis ringkas dia tetap berasa gementar menanti selama satu jam di dalam bilik sebelum dipanggil keluar oleh kakaknya. “Kakak ketuk pintu panggil keluar barulah saya munculkan diri dekat ruang tamu. Masa turun tu saya tak perasan pin tudung tercicir. Sebab tu saya kerap betulkan tudung seperti dilihat dalam video.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Walaupun agak kelam kabut tapi majlis berjalan dengan lancar. Lepas selesai tu rasa gembira, sebak dan bersyukur semuanya selamat. Menggigil juga masa sarung cincin merisik. “Ramai cakap simple sebab mereka anggap saya bertunang. Siap ada yang cakap saya ni bagus sebab tak cerewet. Malah ada yang bandingkan saya dengan orang lain yang ada pelamin, baju mengalahkan pengantin” jelasnya. Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.