“Aku diam untuk aku dedahkan di mahkamah” Rupanya Dalam diam Bekas isteri Pakar saham Sudah buat persediaan

Menerima takdir rumah tangga yang dibina selama 20 tahun hancur dalam sekelip mata dan melihat bekas suami bernikah lagi sememangnya bukan sesuatu yang mudah. Namun, sejak kebelakangan ini, nama Hasmawatie atau dikenali sebagai Atielia De Sams telah menjadi sebutan dan dilihat kuat kerana hanya mendiamkan diri seusai mengucapkan tahniah kepada bekas suami serta isteri barunya sewaktu majlis perkahwinan yang gilang-gemilang tempoh hari.

“Ada hint2 lain ke ni?” Menjengah ke laman Facebooknya, wanita kuat itu hanya menulis beberapa ‘hint’ dan mengatakan yang dia akan mendedahkan segalanya di mahkamah kelak memandangkan sijil cerai masih belum dikeluarkan oleh pejabat agama. Baru sah bercerai pada Ogos lalu. Sebelum ini, bekas isteri kepada pakar pelaburan saham terkenal tersebut ada memuat naik gambarnya bersama peguam di hadapan mahkamah syariah sekitar pertengahan Ogos yang lalu.

Walaupun mengakui ralat dengan apa yang jadi kerana perhubungan yang sudah memasuki usia 22 tahun bukan tempoh waktu yang baru, namun dia merasakan trauma serta bebanan yang harus dilalui terlepas sudah. Kebenaran pasti akan mendahului
Menurutnya, kebenaran pasti akan ada untuknya dan dia berserah segalanya kepada Allah S.W.T. Terdahulu, video bekas suami dan isteri barunya di Instagram telah meluah pelbagai maklum balas daripada netizen susulan wanita dituduh sebagai perampas.

Dalam pada masa yang sama pakar pelaburan saham itu meminta agar netizen berhenti mengecam isterinya dan meminta untuk diberi peluang memandangkan dia muda lagi dan masih bergelar pelajar. Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK) yang popular dengan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ selamat menamatkan zaman dudanya dengan pilihan hati, Tuan Nor Ernie Rossmeris pada Jumaat lalu.

Bekas isteri buat ucapan di FB sendiri. Sebelum ini, DDNK pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai selepas 20 tahun hidup bersama dan mengesahkan ini merupakan perkahwinannya yang kedua selepas mula berkenalan dengan isteri sekitar September tahun lalu. Sumber ohmymedia dan Pnews.

Leave a Reply

Your email address will not be published.