ShvkSahar kongsi Gmbar tunai umrah Tp komen KEKASIH pula jadi perhatian, Siap dihujani Doa

UMUM mengetahui pelawak dan pengacara Shuk kini berada di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah. Menerusi satu hantaran di laman lnstagram, Shuk memuat naik foto dirinya berada di Masjid Nabawi meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menjejakkan kaki ke sana. “Alhamdulillah aku sampai. Doakan aku dapat lupakan sekejap urusan dunia yang tak akan pernah habis, Ya Allah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian Shuk itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan lebih menarik perhatian apabila wanita yang dikaitkan dengan kontroversi rumah tangganya iaitu Fara Salleh turut meninggalkan komen. “Alhamdulillah finally,” tulis Fara disertakan dengan komen balas terima kasih daripada Shuk. Gara-gara komen itu, ada netizen turut mendoakan agar mereka berdua dipertemukan jodoh dan dipermudahkan segala urusan.

 

Netizen mendoakan agar urusan mereka berdua dipermudahkan. “Lepas to dipermudahkan atas pelamin berdua pula. “Akhirnya Allah tunjuk hikmah atas apa yang berlaku. Semoga berjodohan dan berubahlah kerana Allah. “Kita doakan baik-baik sahaja la,” tulis netizen. Nama Fara Salleh pernah menjadi bualan hangat netizen apabila dikaitkan dengan kontroversi rumah tangga Shuk dan isterinya iaitu Rossa Sera sekitar dua tahun lalu.

 

Shuk menafikan dakwaan ingin berubah kerana sudah tiada duit. Sehingga kini status rumah tangga Shuk dan isterinya masih menjadi tanda tanya.
Sera bagaimanapun berkata dia dan Shuk masih berhubung namun hanya atas urusan anak-anak sahaja. sumber Mstar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.