“Hang Baru Keluaq Gua Ka.. Anak aku dah setahun dah..” Izreen Azminda , Rupanya ini punca

Pelakon, Izreen Azminda meluahkan rasa berang terhadap sebuah portal hiburan yang dikatakan ‘kering idea’ memuatnaik artikel mengenai dirinya yang mengalami pertambahan berat badan sewaktu hamil anak ketiga dahulu. “Story Dah Basi”. Menerusi hantaran di Instagram, Izreen menyifatkan portal berita itu telah berkongsi ‘cerita basi’ mengenai dia dan anak ketiganya yang kini sudah berusia 1 tahun.

“Hello brader. Hang baru keluaq gua ka apa? Anak aku dah setahun dah! Ka dah habis idea nak up story apa?? Sebab tu kalau wartawan bertauliah.. Kena turun pi assignment. Bukan dok membiak lemak kat rumah sambil cedok story! Story dah basi bang nara oii!! Bawak-bawak la turun pi assignment sama! Bab GV ka AIM ka apa! Apoo.”- tulisnya. Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka.


Malah ada yang menyifatkan portal terlibat sengaja mengajak netizen untuk melakukan d0sa. “Sajak nak ajak netizen buat dosa kering sebab dia aim orang-orang yang boleh buat bahan kecam.”“Kenapa admin nara tu baru terjaga dari lena yang panjang ka. Anak kawan ni dah besaq panjang kot. Lucu nau.” “Hahaha terhibur baca caption Izreen.”
Sekadar info, Izreen telah mendirikan rumah tangga bersama Ude sekitar Ogos 2019.

 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim, dan Ali Idrees. Menerusi perkahwinan Izreen bersama bekas suami terdahulu pula dikurniakan seorang cahaya mata , Muhammad Adrian Umar. Sumber Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published.