“Arwh Nk BaIik Kerna makanan tldak sedap” 20Tahun Trpisah, Anak Aman Shah Buka Cerita Sebenar

Anak Allahyarham Aman Shah, Afrah Athasha, 24, bersyukur sempat memperkenalkan tunangnya kepada arwah bapanya apabila penyanyi itu hadir pada majlis pertunangannya di Singapura, 3 September lalu. Afrah berkata, arwah bapanya datang bersama bapa saudaranya, Datuk Naseer Abu Kassim dan sempat meluangkan masa selama tiga hari selepas lama tidak bertemu mereka di Singapura. “Ayah sempat jumpa tunang saya dan emak.”

“Saya bersyukur, kami dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Selepas hampir 20 tahun terpisah, syukur kami kembali dapat bersama,” katanya. Menurut Afrah, keluarganya kembali bersatu sejak dia rapat dengan bapanya pada 2019. “Selepas C0 vld-l9 menular, kami tidak dapat berjumpa. Selalunya, kami hanya berbual menerusi panggilan video, tetapi tidak puaslah. Dari segi hubungan dengan adik-beradik lain, kami semua sangat baik,” katanya.

Berkongsi lanjut, Afrah berkata, dia berada di Kuala Lumpur sejak semalam kerana terbabit dengan persembahan dan rakaman lagu. Bagaimanapun, katanya, perancangan itu terpaksa ditukar apabila dia dimaklumkan bapanya kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), petang semalam. “Berita itu amat mengejutkan kerana ayah sebelum itu dalam keadaan baik.” “Arwah masih boleh bergurau.”

“Menghubungi saya mahu balik kerana makanan tidak sedap. Semuanya seperti biasa. “Tiba-tiba, saya dapat panggilan meminta supaya semua datang ke Kuala Lumpur. Namun, ayah meninggal dunia ketika saya dalam penerbangan dari Singapura. Apabila tiba di Kuala Lumpur, telefon saya berdering tidak henti-henti,” katanya. Afrah yang juga penyanyi dan komposer di Singapura dikenali dengan nama Zalelo adalah anak ketiga Aman.

Menerusi perkahwinan keduanya dengan Farah Diba Abdul Aziz, penyanyi kumpulan duo, The Queens dari Singapura. Afrah bersama ibunya yang juga bekas vokalis The Queens dari Singapura, Farah Diba ketika majlis pertunangannya pada 3 September lalu. – Foto Ihsan Berita Harian Singapura

Leave a Reply

Your email address will not be published.