Sekian lama Terpisah, Sajaat menangls nak berjumpa Anak

Kira-kira setahun yang lalu, kecoh apabila usahawan terkenal Nur Sajat dikatakan telah lesap dan melarikan diri selepas menjadi buruan polls kerana gagal hadir untuk satu perbicaraan mahkamah. Namun akhirnya terbongkar apabila pengusaha tersebut telah pun berjaya lolos sehingga ke Thailand ketika negara masih berada dalam tempoh PKPP. Hampir 2 tahun juga berpisah dengan anak angkat.

Tak lama kemudian, dia mengesahkan sudah berpindah dan menetap di Australia secara rasmi dan tidak akan pulang lagi ke tanah air. Sepanjang tempoh itu, Sajat bagaimanapun harus terima hakikat terpaksa berpisah dengan dua orang anak angkat kesayangannya selain hanya mampu berhubung melalui panggilan video dan juga telefon. Air mata kerinduan…Kita pun ikut sebak
Terbaru.

Semalam Sajat dikhabarkan akan ke Singapura selepas dijemput menghadiri sebuah ekspo. Kalau mengikut perancangan, usahawan berkenaan akan dapat bertemu anak-anaknya juga di sana. Namun ketika di airport, dia kelihatan tidak dapat menahan sebak kerana terlalu rindu akan kanak-kanak berkenaan. Hidayah milik Allah, semoga pengakhiran kita semua baik…Dia pun manusia, ada hati & perasaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut simpati dengan nasib yang menimpa Sajat. Dalam pada itu, ramai akui faham akan perasaan sebagai orang tua yang tidak punya pilihan apabila terpaksa berpisah dengan anak-anak. Sumber kisah dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.