“lain dari yang lain..” Sekitar MajIis RESEPSI Pnyanyi MasIdayu.Ramai Perasan Ada Sesuatu Kelainan Dibawa Beliau

Bagai pinang dibelah dua, majlis perkahwinan penyanyi, Mas idayu malam tadi mencurl tumpuan ramai susulan temanya yang unik tetapi tetap meriah. Mas idayu kelihatan Comel semasa perarakan masuk dewan, tidak memerlukan ‘bridesmaid’ malah hanya pakai belon untuk ‘membawa’ kain layah menampakan kelainan berbanding dengan majlis-majlis yang biasa kita lihat. BOLEH LIHAT KLIP PENUH DIBAWA.

Selepas 17 tahun hidup solo, penyanyi dangdut Mas Idayu, 50, bersyukur apabila doanya untuk kembali hidup bertemankan dimakbulkan Allah SWT. Saat diijabkabulkan dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Che Isa, 51, pada jam 10.40 pagi Jumaat, penyanyi itu tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata ketika sah bergelar isteri. “Selama 17 tahun saya hidup sendiri dan pernah tak percaya dengan mana-mana lelaki.

Kemudian, dua tahun lepas, setiap malam saya berdoa kepada Allah SWT untuk hadirkan teman dalam hidup saya kerana saya mula berasa sunyi.
“Saya nak kawan, saya nak teman hidup… Alhamdulillah Allah kabulkan. Tetapi ketika itu ramai yang cuba nasib sehingga saya tidak tahu mahu memilih yang mana satu. “Kemudian datang yang saya suka pula (suami). Dan terus saya katakan pada diri saya, mungkin ini pilihan saya.

“Mungkin sebab itu saya berasa sebak sebab sudah lama hidup sendiri dan akhirnya ada tempat boleh mengadu, luahkan tentang apa sahaja. Saya dan ada kawan untuk bercerita,” katanya kepada MH sebaik selesai majlis akad nikah yang berlangsung di Magica Event Hall, Quill City, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Sufian yang juga merupakan bapa kepada dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu, berkata dia sangat menyenangi ciri-ciri keibuan yang ada pada penyanyi itu.

“Mas Idayu ada ciri-ciri keibuan selain dia ni pandai masak, kalau nak rasa masakan dia, marilah datang rumah,” kata Sufian berseloroh. Mas Idayu dan Sufian dinikahkan oleh jurunikah Imam dan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, Ustaz Haji Azizi Abd Hamid sambil berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan. Pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di lokasi sama pada malam ini. Sumber Media hiburan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.