Tahniah! Mummy Mas Idayu bersama pasangan Selamat di di ijab Qabul, Ini Sekitar majlis pernikahan

Penyayi dangdut polular Mas Idayu Mesnun selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya, Muhammad Sufian Che Isa. Majlis akad nikah berlangsung di Magica Quill City Mall KL. Berikut ini Sekitar majlis pernikahan selebriti Mas Idayu bersama pasangan, Muhamad Sufian Isa. Mereka yang di lihat sama padan mengenakan busana indah berwarna merah jambu. Dilihat turun hadir beberapa rakan artis termasuk anak didiknya dulu black.

Susulan ini. Teka-teki hari bahagia penyanyi dangdut popular, Mas Idayu Mesnun dengan bakal suaminya, Muhamad Sufian Isa; terjawab selepas pasangan itu mengesahkan 16 September ini sebagai tarikh pernikahan mereka. Mas Idayu yang ditemui pada sidang media dan pelancaran produk, Twenty di Magica Events, Cheras, tengah hari tadi memaklumkan, majlis pernikahan dan persandingan mereka akan berlangsung di Quill City Mall pada hari yang sama.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

“Diikutkan, majlis pernikahan kami sepatutnya berlangsung pada Mei lalu, tetapi ia seperti terlalu awal untuk membuat persiapan. “Jadi, Sufian pilih 16 September ini sebagai tarikh kami disatukan. Selepas berbincang, kami bersetuju memilih tarikh itu,” katanya. Penyanyi Robek Hatiku itu berkata, dia dan suami merancang untuk bercuti selama dua minggu selepas majlis pernikahan mereka nanti.

“Insya-Allah, selepas bernikah, kami akan pergi berbulan madu selama dua minggu. Tempat percutian masih belum diputuskan. “Tetapi, saya impikan percutian bulan madu di Santorini, Greece. Tengoklah macam mana nanti,” ujarnya. Mas Idayu pada April lalu, mengesahkan bakal mengahwini Sufian yang juga penerbit di sebuah stesen televisyen tempatan. Penyanyi yang mesra disapa sebagai Mummy itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon.

Aman Graseka pada 1997. Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama sembilan tahun. Mereka dikurniakan seorang anak, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published.