“Saya Tlada ‘Lamborghini Ferrari’ Tp Saya Ada Yang Lebih MahaI..” Rmai Tk sangka ini yang Bonda ada

Ibu kepada pengusaha kosmetik popular, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda Rozita mendedahkan yang dia kini sedang menanti rumah baharunya untuk disiapkan. Menerusi gambar yang dikongsi, Bonda Rozita memberitahu yang kediaman dengan rekaan tradisional itu kini sudah hampir 80 peratus siap. “Saya tak ada kereta mewah Lamborghini, Ferrari tapi saya ada yang lebih mahal lagi iaitu `warisan yang legenda’yang tak akan ada lagi selepas abad ini.

Saya suka simpan gambar kenangan sebelum siap sannpai dah slap. Nampak tak, lawa kan? “Sekarang superb cantik dah slap 80 peratus. Rumah ni sangat heritage. Ini gambar tiga bulan lepas. Beza sangat rumah ni dengan mana-mana rumah kayu saya yang lain,” katanya. Menurut Bonda Rozita, tangga yang digunakan untuk kediamannya itu sangat berat, sehingga terpaksa diangkat menggunakan kren.

Tambahnya, rumah tersebut mempunya beberapa bahagian yang turut digelar sebagai bahagian ibu dan anak. “Yang saya bergambar ni, adalah rumah ibunya. Semua rumah ada nama kampungnya, ni saya namakan kawasan Istana Tela Trenganu. Kawasan ni akan naik rumah bujang pulak, rumah ni dia beranak-beranak untuk melengkapkan seni Terengganunya. Ada dewan makan dan ruang santainya.

 

“Insya-Allah akan siap sepenuhnya rumah lain sebagai anak-anaknya di keliling Istana Tela dalam Jun 2023,” tulisnya. Sumber gempak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.