“Saya akan tapis terlebih dahulu..saya tak mahu orang sembarangan” Dayini

Anak perempuan penyanyi dangdut Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqa, sentiasa menapis jejaka-jejaka yang mendekati ibunya sebelum penyanyi itu melangkah ke fasa perkahwinan. Dayini, 25, berkata, Mas yang bernikah pagi semalam dengan pasangannya, Muhammad Sufian Che Isa hidup sebagai ibu tunggal selama 17 tahun dan hanya ada dia sebagai teman. “Saya akan tapis terlebih dahulu.

Itu harus dilakukan sebab saya tak mahu orang sembarangan yang mendekati Mummy. “Kita tak tahu niat orang kan. Jadi, benda itu penting sebab pada ketika itu, saya dan Mummy hanya ada satu sama lain untuk kami jaga,” katanya. Tambahnya, Sufian yang juga Penerbit Eksekutif di TV3 adalah lelaki yang memiliki ciri-ciri terbaik sebagai suami kepada ibunya. “Saya suka dengan sifat Daddy (Sufian) dan dia lebih tua dari Mummy.

“Sebelum ini, yang mendekati Mummy kebanyakannya orang yang lebih muda dan jarak umur dengan saya pun jauh. “Jadi, apabila Daddy muncul dalam hidup Mummy, saya rasa dia orang yang sesuai, penyayang, ada sifat kekeluargaan dan ada ciri-ciri sebagai pembimbing,” katanya. Dayini juga turut berkongsi keterujaannya apabila kini memiliki adik-beradik tiri iaitu anak-anak kepada Sufian.

“Adik-beradik baharu semua okay, tak ada masalah. Kami pun dah saling mengenali antara satu sama lain,” katanya. Dayini adalah cahaya mata tunggal hasil perkahwinan Mas dengan bekas suami yang juga pelakon, Aman Graseka pada 1997 sebelum bercerai pada 2006. Sumber Hmetro.

Leave a Reply

Your email address will not be published.