“Maafkan umi sayang..” Rupanya ini punca sajatt dihantar balik semula

Berita tentang ‘kegagalan’ usahawan kosmetik, Nursajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman untuk bertemu anak-anak angkatnya di Singapore Expo. Dalam perkongsian selebriti, Roslan Shah di media sosialnya, dia memaklumkan yang Sajat telah ‘tersangkut’ di Airport Changi dan tidak dibenarkan masuk ke negara tersebut. Video anaknya menangis di atas pentas dan ditenangkan selebriti yang hadir turut menjadi sorotan ramai.

Abby dan Azza Elite pun tak dapat tahan sedih Dalam pada itu, pelakon yang hadir ke expo tersebut juga ada berkongsi momen bertemu dengan anak-anak Sajat. Abby Abadi dan Azza Elite sempat berjumpa dengan mereka dan terlihat sebak apabila memahami perasaan rindu kanak-kanak tersebut kepada insan yang dipanggil ‘ummi’ “Assalamualaikum. Pagi! Semalam (16/9/2022) Hari pertama berniaga di Singapore Expo Hall 5A, jumpa anak Nursajat. Kami ia sedihhh.

Semoga anak2 ni sentiasa dalam pelukan. & kasih sayang ALLAH. Harap dptlah jumpa Sajat utk ubat kerinduan mereka,” tulis Abby Abadi. Bab anak memang sedih kot Perkongsian Sajat yang meminta maaf kepada anak-anaknya menerusi media sosial telah mendapat pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata berasa sebak dan memahami perasaan rindu itu lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang sudah lama tidak ditemui.

Warganet juga tetap mendoakan agar Sajat bertemu dengan kedua anak angkatnya dan berharap orang ramai berfikir positif dengan apa yang berlaku walaupun tahu kesilapan yang telah dilakukan usahawan terbabit. “Disebalik lawak jenaka dia setiap hari menghiburkan kite, terselit kesedihan dan kerinduan yg tak terungkap bt anak2”. “sabar sajat..Allah maha mengetahui ape isi hati kita.. tak semesti 1 kesalahan kita buat akan jdkan kita buruk selamanya..Allah tu pun maha pengampun”. Sumber OMM.

Leave a Reply

Your email address will not be published.