“Serbvan semua premis di Narathiwat..” Hampir seminggu diIarikan, Plhak p0lis dedah kedudukan TERKINI usahawan kosmetik

Hampir seminggu Polis Thailand giat melakukan operasi mengesan seorang ejen kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim atau Azi, 36 yang didakwa dilarikan sekumpulan lelaki ke negara jiran. Beberapa serbuan telah dibuat. Menerusi laporan dari Harian Metro merujuk kepada sumber, pihak berkuasa Thailand sedang bertungkus lumus melakukan pencarian di banyak premis termasuk semua resort di Narathiwat yang dikenal pasti menjadi tempat persembunyian.

“Sejak hari pertama kehilangan mngsa lagi kami menjalankan operasi mengesan selama 24 jam namun setakat ini pencarian masih belum berhasil. “Serbuan sudah dibuat di semua premis yang dijadikan tempat persembunyian termasuk chalet dan resort di sekitar Narathiwat,” katanya. Mungkin telah dibawa lari lebih jauh. Dalam pada itu, sumber turut memaklumkan kemungkinan mngsa telah dibawa lari lebih jauh iaitu ke Bangkok atau sempadan Thailand-Myammar.

Terdahulu, ejen kosmetik dilaporkan telah dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu kira-kira jam 5.10 petang, Selasa. Wanita terbabit dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk kampung yang memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam hari yang sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.

Susulan daripada itu, pihak polis telah menahan tiga individu termasuk suami mngsa dan seorang wanita berusia 35 hingga 47 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta CuIik 1961. Sebelum ini luahan keluarga mngsa, “Apa yang kami tahu Azi tidak mempunyai musuh dan sehingga kini kami tidak menerima panggilan yang meminta wang tebusan… tapi tidak pastilah jika ada yang tidak berpuas hati dengannya sepanjang dia menjalankan perniagaan kosmetik.

“Ibu bapanya masih terkejut dan bersedih dengan kejadian ini dan pada masa sama kami turut membuat solat hajat selain berdoa agar Azi segera ditemukan dengan selamat.” Sumber Ohmy media.

Leave a Reply

Your email address will not be published.