“Hormat sebab ada isteri..” Suami tiba2 Iari masa kerja, Rupanya elak jumpa seseorang

Meskipun istilah `cuci mata’ sangat familiar dalam masyarakat zaman sekarang, bagaimanapun trend ini tidak bagus dinormalisasikan tanpa mengira jantina. Oleh kerana mata dan hati saling berkaitan, usaha menjadi manusia yang lebih baik mesti bermula dengan menjaga atau tundukkan pandangan daripada sesuatu yang `haram’. Pelik suami tiba-tiba lari daripada jadi cashier… konon nak pergi tandas.

Menerusi klip video dimuat naik di TikTok baru-baru ini, pengusaha makanan crepe dikenali sebagai Kieda sempat merakam gelagat pelik suaminya. Tatkala ramai pelanggan beratur untuk buat bayaran, dia yang bertugas sebagai juruwang di premis tersebut tak semena-mena cabut lari sambil berikan alasan mahu pergi ke tandas. Rupanya gelabah ada customer cantik nak bayar dekat dia…tengok bawah sudahlah amboi pandai.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalieda Yusra (@kiedx_)

Lepas dipanggil semula pergi ke kaunter bayaran, rupanya suami Kieda bertindak sedemikian gara-gara gelabah apabila didatangi beberapa pelanggan wanita. Walaupun sering ditegur agar layan mereka seperti tetamu, namun dia tetap mengelakkan diri apabila berada dalam situasi sedemikian. Dalam pada itu, ibu kepada 2 cahaya mata ini turut minta kerjasama customer agar jangan ajak mereka selfie berdua dengan bukan mahram bagi mengelakkan fitnah.

Lari sebab jaga mata & hati isteri…semua wanita harapkan dapat suanni idaman macam ni Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji suami Kieda kerana selalu jaga pandangan mata walaupun gelagatnya itu kadangkala mencuit hati. Ujar mereka, lelaki yang ada kualiti idaman sebegini amat bagus dijadikan pasangan hidup. Secara keseluruhannya, klip video berkenaan telah meraih hampir 3 ribu tontonan di TikTok setakat ini. Sumber viralnewsupdates.

Antara komen, “Bgusnya jaga mata dan hormat sebab ada isteri jaga sungguh ni terbaik kak kieda dpt suami lagu ni”. “Kalau saya pun takut kak .tapi bagus dia nak jaga hati akak dan nmpk st jenis suami yg baik dan setia”. “bagusnya.. rendahkan pandangan.. lari jaga mata. Alhamdulillah”

Leave a Reply

Your email address will not be published.