P0ster Mat Kilau ditukarkan kepada ‘MatSakau’, Ini pesanan Adi putra buat Aktivis tersebut

Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra tampil bersuara selepas aktivis sensasi, Fahmi Reza dilihat menghasilkan poster filem biografi epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang turut menampilkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pelakon yang memegang watak sebagai Mat Kilau itu. “Terima Kasih Promosi..” Menerusi hantaran di Instagram, Adi Putra menyifatkan bahawa biarlah matang dalam isu berpolitik.

Turut menitipkan ucapan terima kasih di atas ‘promosi’ yang dilakukan oleh aktivis itu. “Politik biarlah matang @kuasasiswa. Apapun terima kasih promosi gambar saya dan filem asal. Allah adalah kekuatan kita, untuk mencari kekuatan, carilah Allah. Itulah perbezaan antara Akal dan Nafsu. Al-Fatihah buat Almarhum Mat Kilau bin Imam Rasu Takbir!!.”-Tulis Adi. Pelbagai Reaksi Netizen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan pendapat mereka termasuklah aktivis, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang berpendapat Adi Putra tidak seharusnya mempromosikan perkara yang tidak mendatangkan manfaat. “Tok Aji, tak perlu promote perkara yang tak mendatangkan manfaat. Semua orang salah dia sahaja yang betul. Semoga Allah sayang dia dan berikan petunjuk untuk mrnjadi hamba Allah yang bahagia dengan cara yang Allah paling suka.Aamin.” Nurulhidayah.

“Yang edit ni memang takde adab. Moga Allah balas penghinaan ni.” “Biarlah. Filem Mat Kilau sudah pun mencecah berjuta. Semua suka dan sokong menonton.” “Saman abang dia biar terduduk dia melampau sangat. Al-Fatihah.”. Sekadar info, filem Mat Kilau sudah mula ditayangkan di platform penstriman digital, Netflix sempena hari Malaysia baru-baru ini.

 

Filem Mat Kilau juga telah mencatatkan kutipan sebanyak hampir RM100 juta selepas dua bulan tayangan di pawagam. Sumber Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published.