Tldak dapat bawa anak angkat balik ke Australia, Sajaat menangls dedah sesuatu terjadi

Sebelum ini, tular mengenai berita tentang ‘kegagalan’ usahawan kosmetik, Nursajat atau nama sebenarnya Muhammad SajjaddKamaruzzaman untuk bertemu anak-anak angkatnya di Singapore Expo. Bukan itu sahaja, dia terpaksa akur dengan keputusan dan perlu balik ke Australia tanpa boleh bertemu atau menyerahkan sebarang hadiah buat anak-anak dan keluarganya. Punca orang yang Sajat percaya.

Pun begitu, baru-baru ini Sajaaat mendedahkan asbab dia tidak dapat berjumpa dengan anaknya itu dan halangan untuk membawa anak angkatnya untuk pulang bersama ke Australia. Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @Xtina aguilera di laman TikToknya, Sajat memberitahu kegagalan dia untuk berjumpa dengan anaknya adalah satu kesalahan daripada individu yang dipercayainya. Sukar nak bawa anak ke Australia.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Sajat (@nursajatkamaruzzaman)

Bahkan, Sajat turut memaklumkan, ia sesuatu perkara yang sangat sukar memandangkan. dokumentasi melibatkan dua orang anak angkatnya itu bukan di atas namanya selain proses untuk mendapatkan visa ke Australia adalah rumit. Kesiannya Sajat! Harap tabah hadapi ujian ni
Bagaimanapun, rata-rata netizen di ruangan komen turut bersimpati atas perkara yang telah berlaku kepada Sajat yang terkilan tidak dapat berjumpa dengan dua orang anak angkat kesayangannya itu.

Sepatutnya dulu jangan lari, kan dah susah sekarang. Pun begitu, disebalik simpati yang diluahkan oleh orang ramai, ada juga netizen yang berpendapat ia adalah impak kepada tindakan Sajat yang berhijrah ke negara barat tersebut sehingga perlu meninggalkan keluarga di Malaysia. Bab anak memang sedih kot Perkongsian Sajat yang meminta maaf kepada anak-anaknya menerusi media sosial telah mendapat pelbagai komen daripada warganet.

Rata-rata berasa sebak dan memahami perasaan rindu itu lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang sudah lama tidak ditemui. Warganet juga tetap mendoakan agar Sajat bertemu dengan kedua anak angkatnya dan berharap orang ramai berfikir positif dengan apa yang berlaku walaupun tahu kesilapan yang telah dilakukan usahawan terbabit. Sumber ohmy media.

Leave a Reply

Your email address will not be published.