“Hari ni cerita fazura..esok keluar cerita dia..” Netizen Samakan Warna Baju Iofa Dan Fazura, Ramai Pendapat Bukan kebetulan

Pelakon, Nur Fazura mencipta sejarahnya tersendiri apabila berjaya menganjurkan konsert sulungnya, Faztival Fazura 2022 yang mendapat sambutan hangat bertempat di Axiata Arena pada Ahad lalu. Sambutan Yang Meriah. Konsert yang berlangsung dengan meriah itu juga menampilkan persembahan nama-nama besar iaitu Datuk M Nasir, Datuk Awie, Ella, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi.

Istimewanya lagi, Faztival Fazura juga turut menjemput artis terkenal Indonesia, Mulan Jameela dan Ahmad Band hadir bagi menghiburkan peminat. Mencipta Dua Rekod Baharu. Pada malam itu juga, isteri kepada pelakon, Fattah Amin ini telah mencipta dua rekod baharu Malaysia Book of Records. Rekod tersebut adalah The Largest ‘Tudung Fazura’ Gathering in an Event dan The Largest Tudung Bawal in Malaysia.

Video Neelofa Mula Viral. Terbaru, satu video perkongsian dari Tiktok Lofa.page telah mendapat perhatian dari netizen. Pemilik akaun tersebut telah berkongsikan Neelofa memakai jubah yang berwarna unggu. Melihat diruangan komen, netizen seolah-olah menyamakan warna baju yang dipakai oleh Neelofa seakan-akan sama dengan warna yang telah dipakai oleh Fazura ketika menjayakan Faztival Fazura.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نور نيلوفا (@lofa.page)

Bukan itu saja, netizen juga turut memuji dengan baju yang dipakai oleh Neelofa dengan menyatakan bahawa baju yang dipakainya tersebut menampakkan dirinya lebih cantik. Susulan ini, Sejak akhir-akhir ini, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail dilihat makin aktif membuat ‘live’ di Tikt0k. Bukan setakat bagi mempr0mosikan produk keluaran mereka, tetapi juga dapat berborak dengan pengikutnya walaupun secara maya.

“Kenapa buat Lopa mvrka?” Bagaimanapun, sesi ‘live’ mereka baru-baru ini menyakslkan sedikit keteg4ngan apabila selebriti dan juga usahawan itu meminta suaminya ‘bl0ck’ individu bernama Diana. Detik kejadian ada dimuat naik oleh pemilik akaun bernama @arifeddy di laman Twitter dengan kapsyennya yang bertulis. Sumber murai.

Leave a Reply

Your email address will not be published.