Wanita cuba tarik & sorok budak masuk dalam kain, Ibu travma pulang bercuti. Rupa ini sebenarnya Trjadi

Tempat pelancongan merupakan tempat tumpuan umum. Jadi, jika ada ibu bapa membawa anak-anak kecil, harus diingatkan supya peka dan tidak culas memerhatikan gerak geri mereka. Cuba tarik tangan budak. Dalam perkongsian yang dibuat oleh pengguna TlkTok dikenali sebagai @alfitry_azmi52, dia telah memuat naik video ketika dia dan beberapa kenalan yang membawa anak-anak kecil berada di Genting Highland.

Apa yang membuatkan mereka berasa panik adalah salah seorang kanak-kanak yang berada dalam kumpulan mereka hampir ditarik dan disorok masuk ke dalam sari oleh dua orang wanita mencurigakan. Dari awal dah nampak mencurigakan. Pada awalnya, dia memaklumkan yang memang sudah berasa curiga melihat kelakuan dua wanita terbabit dipercayai bukan warganegara Malaysia. Jadi, ketika mereka sedang bermain permainan di sana.

Tidak semena-mena kenalan mereka yang memegang anak telah dikerumuni oleh individu terbabit. Disebabkan itu, mereka telah bergegas mendapatkan bantuan polis yang berada di kawasan tersebut dan membawa dua orang wanita itu ke ruangan keselamatan. Alasan rindu anak. Ketika disoal siasat, wanita-wanita terbabit memaklumkan yang mereka hanya ingin memegang kanak-kanak tersebut kerana merindui anak mereka yang jauh di negara asal.

Bukan nak menuduh atau memburukkan mana2 pihak. Menerusi video seterusnya, lelaki terbabit sama sekali tidak menuduh ataupun membuat sebarang spekulasi berkenaan kejadian tersebut. Apa yang ingin disampaikan adalah untuk memberi peringatan kepada ibu bapa supaya tidak leka dan sentiasa memerhati gerak geri anak agar tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Meskipun kejadian culik tidak pernah berlaku di Taman Tema Genting, namun kes melibatkan kehilangan kanak-kanak banyak dilaporkan. Malah warganet yang menyaksikan video yang dimuat naik di TikTok itu turut mendedahkan bahawa kejadian menggunakan kaedah sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini. “Dulu pun ada viral pasal ni, hidup lagi mereka ni… patut polis tangkap. “Masalahnya daripada hari tu dua orang ni, polis sana tak buat pantauan ke?. Sumber ohmy media & mstar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.